INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | JOHOR ROYAL INSTITUTION'S KEENNESS TO HELP NATURAL DISASTER VICTIMS - PART ONE

FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | KEPRIHATINAN INSTITUSI DIRAJA JOHOR MERINGANKAN BEBAN MANGSA BENCANA ALAM - BAHAGIAN SATU
Keprihatinan terhadap nasib rakyat yang bernaung di bawah Institusi Diraja Johor bukan suatu perkara yang bermusim. Meskipun memiliki kerajaan yang bertanggungjawab dalam membantu rakyat, Institusi Diraja Johor tetap sentiasa memayungi rakyat walau apa jua keadaannya. Ia selaras dengan apa yang pernah dizahirkan oleh Sultan Sir Abu Bakar dahulu bahawa Istana itu adalah Kerajaan.
Institusi Diraja Johor sejak dahulu lagi melihat kepentingan rakyat adalah antara tonggak utama kemakmuran dan kejayaan negeri. Seperti tradisi yang dilakukan oleh Sultan Johor sejak tahun 1899, segala elaun bulanan yang diterima oleh DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor dan DYAM Tunku Mahkota Ismail Pemangku Raja serta seluruh keluarga DiRaja diserahkan kembali kepada kerajaan untuk keperluan rakyat dan negeri.
Sesuai dengan seruan Muafakat Itu Berkat, tidak kira bencana apa sekalipun Keluarga Diraja akan berangkat ke seluruh pelusuk daerah terlibat melihat sendiri nasib rakyat Johor yang sedang dalam kepayahan. Titah DYMM Sultan Ibrahim disampaikan terus kepada jabatan-jabatan kerajaan dan pihak berwajib agar tindakan segera boleh dilaksanakan. Sumbangan-sumbangan peribadi dari baginda dan Keluarga Diraja disampaikan terus kepada mangsa-mangsa.
Kembara Mahkota Johor yang dilaksanakan atas inisiatif Sultan Johor sejak tahun 2001 membuktikan bahawa ia bukanlah sekadar program jelajah tahunan. Bagaimana rakyat sanggup berpanas hujan menantikan keberangkatan Keluarga Diraja Johor di setiap pelusuk daerah, begitu juga baginda Tuanku, Permaisuri serta anakanda sanggup mencemar duli sungguhpun di ceruk kampung untuk bersama-sama rakyat dalam waktu-waktu sukar. Allah Peliharakan Sultan.
———
INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | JOHOR ROYAL INSTITUTION'S KEENNESS TO HELP NATURAL DISASTER VICTIMS - PART ONE
The concern for rakyat under the Johor Royal Institution is not something seasonal. Despite having a government responsible for helping the rakyat, the Johor Royal Institution has always cared about the rakyat no matter what. It is in line with Sultan Sir Abu Bakar's ideology that the Palace is the Government.
The Johor Royal Institution has always seen the rakyat's priorities as among the state's pillars of unity and success. Just like a tradition started by Sultan of Johor since 1899, all monthly allowances received by HM Sultan of Johor Sultan Ibrahim and HRH Regent of Johor Tunku Mahkota Ismail as well as the Royal Family are returned to the government for the state and rakyat's usage.
In line with the Concord Is A Blessing motto, regardless of any natural disaster, the Royal Family will head over to affected districts to personally observe the Johor rakyat who are in distress. HM Sultan Ibrahim's decree will go to government departments and responsible parties directly to ensure swift action can be taken. Personal contributions from His Majesty and the Royal Family are also directly channelled to the victims.
The Kembara Mahkota Johor, an initiative started by the Sultan of Johor in 2001, has proven that it is not just an annual touring programme. Just like how the rakyat patiently wait for the Johor Royal Family's arrival in respective districts whether it rains or shines, the same goes for His Majesty, Permaisuri and Royal Family members to head out to various locations including rural villages to be with the rakyat in difficult times. Allah Peliharakan Sultan.

Imej

Ulasan