- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Harimau Yang Tidur Kini Sudah Bangun, JDT Bakal Buat Pengumuman Besar Pada 20 Disember
Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim membayangkan terdapat pengumuman besar pada 20 Disember ini mengenai projek-projek baharu yang bakal dilaksanakan untuk terus maju dan berkembang.
Menurut kenyataan rasmi melalui laman instagram baginda, pengumuman tersebut berkenaan pemain baharu, infrastruktur, aset-aset, nilai komersial kelab dan pemegang saham yang baharu.
“Saya merancang pada 2020 menjadi tahun “low profile”. Ianya adalah salah satu perkara yang paling sukar untuk saya lalui. Kerana saya lupa yang kami adalah JDT. Apabila kami melakukan sesuatu, kami akan lakukannya dengan hebat dan besar-besaran!
“Malang buat yang lain, mereka telah mengejutkan harimau yang sedang tidur. Sekarang harimau ini telah bangun, cergas dan lebih bermotivasi. Sekarang saya akan merubah dinamik permainan ini.
“Ganas dan tiada belas kasihan. Tiada tempat untuk merendah diri dalam peperangan. JDT HYBRID. Misi 1 BILLION!,” tulisnya.
Sehingga kini, JDT berdiri sebagai satu-satunya sebuah kelab profesional dari Malaysia yang dilengkapi pengurusan sistematik, fasiliti berkelas dunia dan penyokong yang terbaik malah telah menjadi daya tarikan utama buat pemain profesional antarabangsa dan tempatan untuk menyertai pasukan ini.
Sejarah demi sejarah telah berjaya dicipta sejak 2013. Perkara paling diingati adalah JDT berjaya mengharumkan nama negara menjulang piala berprestij Piala AFC 2015, selain memecah monopoli pasukan dari Asia Barat yang sebelum ini silih berganti menjadi juara Piala AFC.
JDT juga membuat kemunculan yang menyakinkan dan mampu bersaing setaraf kelab-kelab hebat dunia pada penampilan pertama dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) pada musim 2019.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan