Duta Besar Jepun ke Malaysia, Hiroshi Oka (kanan) beramah mesra dengan Hadi Fayyadh. - Bernama
KUALA LUMPUR: Penyerang pasukan Bawah-22 tahun Kebangsaan (U-22) Hadi Fayyadh Abdul Razak, teruja untuk bermain perlawanan pertamanya di Division 2 Liga Professional Jepun (Liga J) selepas 12 bulan bertungkus lumus untuk layak bermain bersama pasukan utama Fagiano Okayama.Bekas penyerang Johor Darul Ta'zim II (JDT II) berusia 19 tahun itu, baru-baru ini telah bersetuju dengan penyambungan kontrak, untuk terus bersama Fagiano Okayama untuk satu tahun lagi, sehingga Disember 2020.
Beliau berhasrat untuk membantu Fagiano Okayama, meningkat ke liga tertinggi iaitu Liga J1 pada 2021.
"Saya berharap, tahun hadapan akan menjadi tahun untuk saya, bantu pasukan menang semua perlawanan dan bermain di Liga J1 pada musim 2021," katanya kepada wartawan ketika ditemui di Rumah Rasmi Duta Jepun ke Malaysia di sini pada Khamis.
Terdahulu, Hado Fayyadh mengadakan pertemuan bersama Duta Jepun ke Malaysia, Hiroshi Oka.
Oka berkata, penyambungan kontrak Hadi Fayyadh akan membantu meningkatkan lagi hubungan antara Malaysia dan Jepun.
"Saya gembira untuk bertemu Hadi di kediaman saya ... beliau merupakan pemain bola sepak Malaysia pertama bermain di Liga Professioanl Jepun. Saya gembira untuk mengetahui yang beliau akan terus bermain untuk Fagiano Okayama.
"Saya nantikan aksinya di Jepun, supaya beliau boleh merapatkan lagi hubungan rakyat Jepun-Malaysia," kata Oka kepada pemberita.
Sedar akan kekurangan pemain Malaysia di Liga Professional Jepun, Oka berkata "kami mahukan untuk melihat lebih ramai orang Malaysia di Jepun dalam ada juga jenis bidang ... apa juga sukan. Kami suka lebih ramai orang Malaysia akan datang ke Jepun dan ia akan membuatkan perhubungan antara Malaysia dan Jepun lebih kuat", katanya.
-- BERNAMA
Ulasan
Catat Ulasan