EKSPLORASI SEORANG PUTERA RAJA DEMI MENJULANG PANJI TANAH JAUHAR
“Saya mendapat satu semangat yang luar biasa apabila saya sentiasa dikelilingi orang-orang yang mempertikaikan atau mana-mana pihak yang cuba memberi gambaran bahawa mereka tidak percaya setiap apa yang saya lakukan. Ia menjadi motivasi yang luar biasa, satu semangat yang sungguh luar biasa untuk membuktikan bahawa saya boleh lakukan”- DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja
Kata-kata Tunku ini amat memberi inspirasi. Suatu proposisi, dalam hati ia berpaksi. Sesungguhnya cabaran sentiasa berada dalam rotasi. Bagai isostasi, yang sentiasa hadir tanpa isolasi.
Tunku amat sukakan cabaran. Cabaran diterima diolah menjadi sinar pedoman. Bagai obor yang marak dalam diri jadi intropeksi. Tidak sesekali dipandang serius sebagai punca inflamasi.
“Memorabilia zaman kanak-kanak”
Mengimbau kenangan zaman kanak-kanak. Minat Tunku memang sentiasa pada sukan bola sepak. Teman sepermainan baginda hanya dari golongan rakyat biasa. Tidak kekok bergaul, tiada ditimbang tara segala pangkat dan juga kasta.
Sekitar tahun akhir sembilan belas sembilan puluhan. Permainan konsol Sony Playstation menjadi sebahagian aktiviti sampingan. Bersama sahabat-sahabat seusia sekitar kediaman menjadi teman. Semestinya permainan bola sepak telah menjadi keutamaan dalam pilihan.
Suatu hari, semasa khusyuk bertarung dalam permainan ini sambil duduk di sebuah kerusi. Tanpa sedar, satu ungkapan spontan Tunku lontar jadi aspirasi. Dihadapan beberapa orang sahabat yang telah menjadi saksi. Namun penerimaan mereka penuh curiga dan rasa sangsi.
“Satu hari, aku akan pastikan Johor akan mempunyai pasukan yang kuat, tanah ini akan dijejaki pemain-pemain yang hebat”- DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja
Waktu itu, responsif seorang sahabat terlalu pasif. Ekspektasi Tunku, dirasakan terlalu imaginatif. Lalu dengan yakin Tunku katakan juga tegaskan. Bila tiba masa, segalanya akan menjadi kenyataan.
“Percayalah, ianya akan menjadi kenyataan. Bilamana hari itu tiba nanti, kau orang pertama yang aku cari”- DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja
“Maju berbelas tahun kehadapan”
Setelah berbelas tahun detik itu berlalu. Namun ingatan tetap mekar tidak luput ditelan waktu. Bila tiba masa yang Tunku rasakan sesuai. Segala keinginan dahulu dengan segera Tunku tunai.
"Saya akan lakukan apa sahaja demi mengembalikan kegemilangan bola sepak Negeri Johor”- DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja
Itu janji pertama Tunku yang diucapkan secara rasmi. Bermula detik itu, putik kegemilangan telah bersemi. Harimau yang lena di kasur tiba-tiba Tunku kejutkan. Mencetus kebangkitan lalu termanifestasi kisah naratif pemburu kejayaan.
Kuatnya akar tunjang keyakinan baginda, hinggakan dapat bertahan untuk badai sehebat Katrina. Cukup kebal walau gempa bumi Ardabil datang melanda. Segala rintangan sentiasa diterima dengan penuh iltizam dan lapang dada.
Setelah tujuh tahun dalam pembinaan. Empayar Harimau Selatan kini telah benar-benar mengalami perubahan. Enam kejuaraan, piala kekal Harimau Selatan yang punya. Digeruni dalam Malaysia, malah dikenali seantero dunia.
Kata-kata lebih dua puluh tahun dahulu berjaya Tunku realisasikan. Ramai pemain ternama dunia, di Tanah Jauhar berjaya Tunku himpunkan. Paling menarik, JDT juga kini diberi penghormatan dimasukkan dalam permainan yang sejak kecil Tunku gemari.
Permainan konsol Sony Playstation yang sehingga kini diwaktu lapang menjadi senaman jari jemari. Manakala pada situasi terkini, Harimau Selatan juga unggul mencengkam mendominasi. Maka segala aspirasi berjaya diimplementasi dan bukan sekadar sebuah halusinasi.
Bukan itu sahaja, JDT kini mempunyai stadium dan ibu pejabat yang berdiri begitu gah. Setanding Eropah suasana dan atmosfera saling tak tumpah. Rasionalnya, JDT kini jauh meninggalkan pasukan retrogresif yang ada dalam Malaya. Ketara berbeza umpama jarak bumi dan planet Haumea.
Akhir kalam, biarpun interpretasi masyarakat umum terhadap Tunku sentiasa kabur. Namun bagi Bangsa Jauhar, Tunku adalah seorang arkitek unggul bola sepak negeri Johor. Usahalah apa sahaja propaganda mencacatkan cerita atau insinvasi. Kesetiaan dan kepercayaan kami kini tidak berganjak walau satu juta agitasi.
“Saya suka cabaran. Setiap cabaran akan membakar semangat saya untuk lebih mengejar kejayaan. Lagi ramai yang tidak mempercayai, lagi ramai yang memperlekehkan, lagi ramai yang menghina, akhirnya semua itu menjadikan saya lebih agresif untuk lebih berjaya”- DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja
Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.
Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.
Sumber artikel: Media JST
Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Ulasan
Catat Ulasan