Dominic Tan sertai Police Tero

Dominic Tan sertai Police Tero



Dominic Tan membuat keputusan yang berani apabila menyertai kelab Liga Thailand, Police Tero FC secara tetap bagi saingan musim depan.
Perkara itu disahkan menerusi laman rasmi media sosial kelab tersebut yang menyatakan beliau telah menandatangani kontrak selama dua tahun.
Bekas pemain Johor Darul Takzim itu beraksi secara pinjaman di Police Tero musim lalu dan membantu pasukannya layak ke Liga Thai 1.
Beliau akan menjadi satu-satunya pemain Malaysia yang beraksi di Liga Thailand musim depan.

Ulasan