Dalam sidang media Tunku Ismail, Tunku Mahkota Johor sebentar tadi, baginda mengumumkan Johor Darul Ta'zim (JDT) FC turut menerima satu tawaran dari kelab Jepun untuk pemain sayap, Akhyar Rashid, namun belum memutuskannya lagi.

Perkembangan lain: 1. Tunku turut menyebut seorang lagi pemain akan menyertai JDT, tetapi hanya akan diumumkan pada Januari kerana kontrak pemain tersebut bersama pasukan semasa hanya akan tamat pada 31 Disember.

2. Seorang pemain akan menyertai JDT II dari Jepun. 3. Beberapa pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD) juga akan ditandatangani. 4. Pusat latihan baharu akan dibina, selain daripada stadium mini berkapasiti 8 hingga 10 ribu penonton.
Imej

Ulasan