ACL 2019: Tinggal Berapa Jam Sahaja Lagi, Undian Gol Safawi Ketinggalan Kepada Pemain Iran


Hampir 4 juta pengundi telah memberikan undian masing-masing untuk memilih gol tercantik Liga Juara-Juara Asia (ACL 2019). 10 jaringan tercantik yang dihasilkan sepanjang musim oleh kelab-kelab terbaik Asia telah dicalonkan.
Sekurang-kurangnya penyokong bola sepak di Malaysia boleh berasa bangga kerana jaringan Safawi Rasid bersama JDT dalam perlawanan menentang Shandong Luneng turut berada di senarai akhir ini.
Bagi seorang pemain yang beraksi di pentas tertinggi Asia buat pertama kali, pencalonan ini sahaja sudah boleh dianggap sebagai pengiktirafan.
Namun demikian, seperti kata pepatah: “Alang-alang menyeluk pekasam, biarlah ke pangkal lengan”. Ini kerana sudah pasti ia lebih manis sekiranya penyerang JDT dan bintang Harimau Malaya ini dinobatkan sebagai pemenang.

Berdasarkan undian terkini yang dikemaskini oleh The AFC sebentar tadi, Safawi Rasid kini berada di kedudukan kedua undian.
Memungut 39% daripada jumlah undian keseluruhan, merangkumi lebih dari 1.5 juta undi.

Gol jaringan Safawi kini ketinggalan kepada jaringan pemain Persepolis dari Iran, Shojae Khalilzadeh dengan kutipan undian 2.3% undian atau merangkumi 59% undian keseluruhan.


Daripada 10 pencalonan, persaingan kini jelas terarah kepada Safawi dan Khalilzadeh untuk dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Gol Tercantik ACL 2019.
Namun untuk melihat Safawi merangkul anugerah ini, peminat dan penyokong bola sepak tempatan terutamanya hanya mempunyai masa kurang 24 jam untuk memberikan undian akhir.
Undian untuk anugerah ini dijangka ditutup pada petang ini, 4:30pm waktu Malaysia.
Bagi yang melakukan undian dan ingin berbuat demikian anda boleh melawat pautan The AFC untuk berbuat demkian.

Ulasan