STADIUM SULTAN IBRAHIM KE ARAH MENJADI YANG TERHEBAT DI ASIA TENGGARA
Pada 24 Januari 2016, DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja telah membawa khabar gembira kepada penyokong-penyokong setia JDT apabila baginda bertitah akan membina stadium baharu berkelas dunia buat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT).
Tidak lama selepas dari hebahan tersebut, pada hari Sabtu, 30 Januari 2016, satu upacara majlis pecah tanah pembinaan stadium baharu di Iskandar Puteri telah diadakan.
KEAZAMAN DALAM MEREALISASI IMPIAN
Tanpa sedar, hari telah berlalu dengan pantas. Kini baginda telah membawa JDT memasuki pascabaharu dalam langkah meniti kegemilangan. Stadium Sultan Ibrahim kini memasuki fasa-fasa akhir sebelum dibuka dengan rasminya tidak lama lagi. Penyokong JDT akan dapat merasai pengalaman dan atmosfera baharu kelak.
"Saya mahu stadium ini jadi terhebat di Asia Tenggara, nombor satu terbaik, selain diiktiraf oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan FIFA"- DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja.
Itu adalah keazaman dan harapan tinggi DYAM Tunku Mahkota Ismail terhadap Stadium Sultan Ibrahim. Maka untuk memastikan ianya tidak sedikit pun tersasar, maka fokus paling tinggi telah diberikan baginda terhadap perkembangan stadium baharu Harimau Selatan ini.
STADIUM TERBAIK MILIK ORGANISASI TERBAIK
Dalam usaha menjadikan Stadium Sultan Ibrahim sebagai stadium terbaik di Asia Tenggara, baginda telah bertekad bahawa stadium ini harus memiliki dua elemen utama iaitu fasiliti berkelas dunia disamping mempunyai padang berkualiti tinggi setanding dengan stadium-stadium terbaik eropah.
Tanpa berselindung, semestinya hasil inspirasi dari Allianz Stadium, Juventus menjadi ikonik. Satu kelebihan yang diperolehi hasil dari kolaborasi JDT dan Juventus yang dicetuskan oleh DYAM Tunku Mahkota Ismail sebelum ini.
Imbas kembali, pada 16 Ogos 2018, DYAM Tunku Mahkota Ismail telah meluangkan masa memeriksa dan melakukan demonstrasi ke atas jenis rumput baharu yang akan digunakan di Stadium Sultan Ibrahim.
Ketika itu, baginda diiringi Martin Prest, Pengarah Sukan JDT dan Alistair Edwards, Pengarah Teknikal JDT bagi memeriksa sendiri rumput baharu tersebut yang sudah mula ditanam di pusat penempatan sementara bagi memastikan kesesuaian penggunaannnya.
Kini setelah setahun berlalu, rumput Zeon Zoysia itu sudah segar menghijau malah sudah bersedia menjadi lapangan dan hamparan Stadium Sultan Ibrahim. Detik paling membanggakan, pada 11 November 2019, hari Isnin sekitar waktu petang, DYAM Tunku Mahkota Ismail telah mencuba rumput tersebut sekali lagi bersama Pengarah Sukan JDT, Martin Prest.
“Menakjubkan!”- DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja.
Akhir kata, seperti yang diketahui umum, Stadium Sultan Ibrahim dijangka akan digunakan pada tahun hadapan dan akan menjadi gelanggang baharu Harimau Selatan yang membawa reputasi sebagai kelab yang merangkul enam kali kejuaraan berturut-turut sejak tahun 2014. Ketika itu sudah pasti, stadium ini akan menjadi tumpuan dan mercu tanda baharu bagi negeri Johor Darul Ta’zim secara khususnya.
Sumber artikel: Media JST
Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Ulasan
Catat Ulasan