SPA Tangguh Temuduga Kerana Piala Malaysia


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) terpaksa menangguhkan temuduga di dua negeri, masing-masing di Kedah dan Johor – tertakhluk kepada keputusan perlawanan – disebabkan oleh perlawanan akhir Piala Malaysia yang berlangsung pada malam ini.
Perlawanan akhir Piala Malaysia pada malam ini menemukan juara Liga Super pada musim ini, JDT dan juara Piala FA, Kedah akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
SPA berkata demikian melalui satu surat hebahan yang diumumkan pada hari ini.
Info dari Kerajaan Negeri Kedah berkenaan cuti.
Pada hari ini Pejabat Menteri Besar Kedah berkata Kedah mengumumkan esok sebagai cuti kelepasan am sekiranya Kedah berjaya menewaskan JDT sekaligus bergelar juara Piala Malaysia pada musim ini.
Belum ada sebarang pengumuman dari Kerajaan Negeri Johor mengenai hari kelepasan am sempena Piala Malaysia, namun langkah sama dijangka akan diambil sekiranya JDT muncul juara pada malam ini.
HEBAHAN KEPADA CALON BAGI
URUSAN TEMU DUGA DI ALOR SETAR, KEDAH DAN JOHOR BAHRU PADA 3 NOVEMBER 2019 ( AHAD)
Cuti peristiwa sempena final Piala Malaysia 2019 wajar diumumkan oleh kerajaan negeri Kedah dan Johor sebagai memberi kemudahan kepada rakyat negeri untuk pulang ke negeri masing-masing dengan selesa dan tidak tergesa-gesa selepas menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Cuti peristiwa adalah selaras dengan Akta Hari Kelepasan Am 1951 dimana kerajaan negeri dibolehkan untuk menjadikan hari esoknya sebagai cuti peristiwa.
Menurut pengumuman dari SPA, satu tarikh baharu akan diumumkan untuk mengganti temuduga pada esok hari bagi negeri yang bercuti, manakala tarikh temuduga pada 4hn November (Isnin) dan seterusnya akan diteruskan.

Ulasan