Teka-teki mengenai pengadil tempatan yang akan mengadili Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2019 terjawab selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai pengadil bertugas pada sidang media pra-perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Pengumuman oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Md Dali Wahid itu menyaksikan Muhammad Nazmi Nasaruddin bakal mengadili perlawanan sambil dibantu oleh Mohamad Zairul Khalil Tan selaku Penolong Pengadil 1 serta Mohd Junaidi Abd Samad [Penolong Pengadil 2].
Sementara itu, Razlan Joffri Ali dan Zulkarnain Zakaria bertindak selaku pengadil di belakang gol [bahagian tepi] manakala Muhammad Farhan Abdul Aziz sebagai pengadil keempat.
”Suka saya nyatakan setelah tapisan yang agak rapi, dimana tiga daripadanya adalah pengadil FIFA dan tiga pengadil kebangsaan.”
”Kriteria yang kita pilih sebagaimana yang telah saya nyatakan adalah berdasarkan prestasi sepanjang Liga Malaysia dan Piala Malaysia.”
”Keduanya [tiada] kontroversi sepanjang penugasan dan yang ketiga tidak terikat dengan mana-mana negeri, Johor atau Kedah Darul Aman,” ujar Md Dali Wahid bercakap kepada wartawan.
Menarik untuk disaksikan perlawanan akhir malam esok apabila dua juara pada musim ini bertemu apabila Kedah [juara Piala FA] berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang merupakan juara Liga Super 2019.
Kredit foto: Vietnamplus
Ulasan
Catat Ulasan