Perempuan Ini Kongsi Pengalaman Pernah Kemurungan Kerana Fanatik Terhadap Akhyar Rashid
Satu perkara yang biasa apabila peminat bola sepak menjadikan seseorang pemain sebagai idola yang disanjungi serta dijadikan sebagai pujaan.
Hal ini turut berlaku kepada salah seorang pemain Harimau Malaya iaitu Akhyar Rashid dimana seorang peminat wanita bernama Siti Aminah Adnan mendedahkan beliau pernah mengalami kemurungan kerana minat yang mendalam terhadap pemain Johor Darul Ta’zim itu.
Menurut Aminah, beliau pernah mengalami kemurungan apabila secara tiba-tiba menangis dan tiada selera untuk makan kerana hajat bertemu pemain itu tidak kesampaian selepas menyaksikan Akhyar beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil tahun lalu.
Bagaimanapun, Amirah berjaya sedar dan bangkit daripada masalah tersebut setelah menerima nasihat daripada rakan-rakan serta ibu bapa.
“Satu hari saya bangun dari tidur dan berfikir sebelum mandi dan solat. Selepas solat saya menangis dan kemudian saya cuba untuk kuatkan semangat bagi mengatasi kemurungan dan lupakan apa yang berlaku sebelum ini,” katanya kepada mStar.
Tambah Siti Aminah, kini keadaannya sudah kembali seperti sedia kala namun masih menyimpan hasrat untuk bertemu Akhyar sekiranya diberi peluang. Aminah menyatakan beiau meminati pemain berusia 20 tahun itu kerana ketampanan serta sifat kelakar yang dimiliki Akhyar.
“Saya minat dia sebab dia kacak, itu sudah pasti. Tapi perangan lawaknya juga buatkan saya meminatinya. Saya tahu dia orang Alor Setar namun bukan mudah untuk berjumpa dengannya,” ujarnya.
Aminah juga tidak ketinggalan menyaksikan aksi Akhyar ketika Malaysia menewaskan Indonesia pada perlawanan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil Selasa lalu.
Ulasan
Catat Ulasan