Pemain kacukan Malaysia-England, Samuel Somerville yang beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) II musim lalu telah sah menyertai skuad Liga Premier, Pulau Pinang untuk musim akan datang.
Perkara tersebut telah diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) menerusi laman Facebook rasmi, FA Penang pada lewat petang semalam dan Samuel Somerville merupakan pemain ketiga yang disahkan akan menyarung jersi Harimau Kumbang.
Selainnya, dua pemain iaitu pemain tengah, Wan Mohammad Faiz Wan Sulaiman yang dibawa masuk daripada UKM FC dan pemain sayap, Amer Azahar yang beraksi bersama UiTM FC musim lalu.
Samuel Somerville yang berusia 25 tahun itu adalah penjaga gol untuk JDT II sejak musim 2016 dan setelah empat musim, pemain tersebut akhirnya terpaksa berhijrah apabila JDT II dijangkakan akan ‘meremajakan’ skuad simpanan untuk musim hadapan.
Dengan pemergian penjaga gol utama musim lalu, Zamir Selamat yang dikhabarkan menerima tawaran yang lebih baik, penyertaan Samuel Somerville ini merupakan penggantian terus sebagai penjaga gawang utama skuad Pulau Mutiara pada musim 2020.
Menariknya, ini merupakan pemain pertama daripada JDT II yang akhirnya sah meninggalkan pasukan tersebut dan seperti yang telah diumumkan oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ), sebanyak 16 pemain terpaksa meninggalkan JDT II untuk musim hadapan.
Kemungkinan seorang lagi pemain JDT II bakal dibawa masuk ke Pulau Pinang iaitu pertahanan berpengalaman, Amer Saidin yang merupakan anak jati Pulau Pinang. Ini kerana, dengan umurnya yang sudah menjangkau 27 tahun dan sudah tidak menembus masuk ke skuad utama, JDT II mungkin bakal melepaskannya.
Pulau Pinang yang gagal meraih promosi terus ke Liga Super 2020 akibat pemotongan enam mata, memandang serius kempen pada musim ini dan telah melepaskan 17 pemain termasuk penyerang tinggi lampai, Afiq Azmi, Wan Mohd Syukri dan Abdul Aziz Ismail.
Begitupun, ketika ini, pihak pengurusan Pulau Pinang dilihat masih menanti perjalanan perbicaraan di Mahkamah Timbang Tara (CAS) berhubung isu pemotongan mata oleh FIFA yang dikatakan tidak sah selepas masalah tunggakan gaji pertahanan import, Reinaldo Lobo sudah diselesaikan oleh pihak mereka sebelum itu.
Kredit Featured Image: IG Sam Somerville
Ulasan
Catat Ulasan