Pemain tengah kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim, Afiq Fazail selamat diijabkabul bersama pasangannya pada hari ini.
Afiq adalah antara muka baharu yang mendapat panggilan untuk menyertai skuad Harimau Malaya oleh Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe untuk menghadapi tiga perlawanan antarabangsa sepanjang November ini.
Malaysia akan berhadapan dengan Tajikistan dalam perlawanan antarabangsa di Stadium Bukit Jalil pada malam ini, diikuti perlawanan pusingan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Thailand (14 November) dan Indonesia (19 November).
Prestasi memberangsangkan yang ditampilkan oleh Afiq sepanjang musim ini bersama JDT nyata membuahkan hasil apabila mendapat perhatian Tan Cheng Hoe.
This was Afiq Fazail's sixth assist in #PialaMalaysia2019, only Kedah's Baddrol Bakhtiar (eight) has managed more. twitter.com/MFL_Live/statu …
31 people are talking about this
Malah sepanjang kempen Piala Malaysia yang lalu, Afiq berjaya menghasilkan enam bantuan gol untuk menjadikan beliau sebagai pemain kedua dengan jumlah bantuan gol tertinggi di pertandingan tersebut.
Berita perkahwinan bintang JDT itu dikongsikan melalui laman Facebook kelab peminat KELAB PENYOKONG JDT – Gelang Patah Familia pada hari ini.
Pernikahan Afiq pada hari ini juga bermakna beliau akan terlepas perlawanan persahabatan menentang Tajikistan pada malam ini.
Namun beliau dijangka kembali menyertai pasukan negara dalam masa terdekat dan bersedia untuk diturunkan untuk perlawanan menentang Thailand dan Indonesia selepas ini.
Daripada warga kerja Semuanya BOLA, tahniah kami ucapkan kepada Afiq Fazail!
Ulasan
Catat Ulasan