MAKLUMAT ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN 2019.#ABK19


MAKLUMAT ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN 2019

15 November 2019 bakal menyaksikan siapakah pemain-pemain dalam kancah Liga Malaysia yang bakal merangkul anugerah-anugerah ditawarkan pada Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019 (#ABK19) antaranya Pemain Paling Bernilai, Pemain Muda Harapan, Jurulatih Terbaik, Anugerah Komuniti dan berbagai lagi. Sebuah acara untuk menghargai usaha baik setiap individu dalam Liga Malaysia.

Acara bakal berlangsung bermula jam 8.30 malam, dengan siaran langsung di Facebook Live Malaysian Football League dan di saluran Football Malaysia on iflix!

Berikut merupakan kategori-kategori ABK19:
  1. Pemain Paling Bernilai
  2. Pemain Muda Harapan
  3. Jurulatih Terbaik
  4. Penyerang Terbaik
  5. Pemain Tengah Terbaik
  6. Pertahanan Terbaik
  7. Penjaga Gol Terbaik
  8. Pemain Import Terbaik
  9. Pemain ASEAN Terbaik
  10. Pemain Paling Popular
  11. Fan XI
  12. Pasukan Terbaik
  13. Penyokong Terbaik
  14. Anugerah Fair Play
  15. Kasut Emas
  16. Penjaring Terbanyak (Liga Super)
  17. Penjaring Tempatan Terbanyak (Liga Super)
  18. Penjaring Terbanyak (Liga Premier)
  19. Penjaring Tempatan Terbanyak (Liga Premier)
  20. Anugerah Mesra Media
  21. Laman Web Terbaik
  22. Media Sosial Terbaik
  23. Anugerah Persahabatan
  24. Anugerah Komuniti
  25. Anugerah Pengadil Berpotensi (Kategori baru)
  26. Pemain Terbaik AFL Liga M3 (Kategori baru)
  27. Pasukan Terbaik AFL Liga M3 (Kategori baru)

BAGAIMANA PEMILIHAN CALON-CALON ABK DILAKUKAN?
  1. Para pemain disenarai pendek terlebih dahulu berdasarkan penampilan untuk pasukan masing-masing, sebelum dibawa ke Jawatankuasa Saringan ABK 2019 yang mengundi 10 pemain terbaik mereka dalam setiap kategori.
  2. Jawatankuasa Saringan ABK 2019 yang terdiri daripada tujuh ahli panel, iaitu:-
  • Encik Aminuddin Hussin, mewakili Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
  • Encik Azzairi Rosle, mewakili Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM)
  • Encik Badrulsham Ahmad, mewakili Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM)
  • Encik Izhar Atan, mewakili Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia (SAM)
  • Encik Masdianto Mik'an (Vocket FC), mewakili media elektronik
  • Encik Dez Corkhill, mewakili MFL Productions
  • Ultrajang, mewakili penyokong
  1. Hasil undian akan dikira untuk membentuk “Top Ten” ataupun 10 pemain setiap kategori yang akan dibawa ke peringkat seterusnya.
  2. Undian untuk penentuan mata terkumpul diadakan oleh 23 ketua jurulatih dan 23 ketua pasukan Liga Super dan Liga Premier, serta 23 wakil media.
Seramai 50 penyokong bertuah yang mengambil bahagian dalam undian “Fan XI” telahpun menerima jemputan ke majlis ABK19.Kepada penyokong yang dipilih, sila mengesahkan kehadiran anda sebelum hari Jumaat, 8 November 2019.

Ulasan