KETAGIHAN JDT DALAM MENGEJAR LEBIH BANYAK KEJAYAAN

KETAGIHAN JDT DALAM MENGEJAR LEBIH BANYAK KEJAYAAN
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan sentiasa dahagakan kejayaan. Kerana itu, JDT sentiasa memperbaharui buku rekod senarai kejayaan setiap musim-musim yang berganti.
Namun tersembunyi di sebalik perkara tersebut, sebenarnya DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja mempunyai kesedaran yang tinggi apabila tidak membenarkan kejayaan menjadi pendorong JDT selesa berada statik pada tahap yang sama.
Maka dengan itu, telah baginda suntikkan setiap individu dalam organisasi dengan ekspektasi yang menjadi stimulasi kepada ketagihan mencetak lebih banyak kejayaan.
TANDA ARAS YANG MENJADI CABARAN
Setiap musim berganti, tanda aras dalam organisasi ini juga akan berubah. Tanda aras yang ditetapkan setiap musim pula bukan satu eksperimentasi yang sia-sia.
Rasionalnya, sifat berani mencabar diri sendiri, memang kuat dalam jiwa DYAM Tunku Mahkota Ismail. Rentetan itu, baginda sentiasa memberikan motivasi kepada seluruh Keluarga JDT supaya menanamkan sifat berani menerima cabaran.
Baginda menegaskan bahawa dengan cabaran sahaja akan menghasilkan kematangan. Kematangan pula akan menjadikan organisasi ini bergerak realistik dan sentiasa mempunyai ketagihan yang kuat untuk mencapai kejayaan.
MENIMBA ILMU UNTUK LEBIH KEJAYAAN
Ketagihan dalam mengejar kejayaan juga menjadikan organisasi JDT ini sentiasa berada dalam kitaran menimba ilmu tanpa jemu. DYAM Tunku Mahkota Ismail percaya bahawa untuk mencapai lebih kejayaan, Harimau Selatan tidak harus berhenti menerima pelajaran.
Maka setiap masa baginda yang terluang, akan diisi dengan menimba ilmu bersama pengurusan kelab-kelab yang berjaya di serata dunia. Lalu ianya dijadikan sebagai bekalan yang dibawa pulang untuk diadaptasi bersama JDT.
PRINSIP MENCAPAI KEJAYAAN
Dengan sifat ketagih akan kejayaan juga, organisasi JDT kini dihuni dengan individu yang berpegang pada prinsip. Tidak kira dalam pengurusan, jurulatih, pemain malahan penyokong mempunyai sifat tersebut. Tidak syak lagi, ketagihan mengejar kejayaan adalah suatu pernyataan fundamental atau kebenaran untuk dijadikan pegangan hidup.
Dengan adanya sifat ketagih akan kejayaan, JDT sentiasa dikelilingi oleh individu-individu yang efisien dan berkarisma dalam menjalankan tanggungjawab. Dengan prinsip juga membuatkan JDT lebih bersedia mencetak lebih banyak kejayaan dan sejarah-sejarah baru.
Akhir kata, kejayaan dan JDT bagai isi dengan kuku!
“Kita berada di landasan yang betul. Kami pula bergerak dengan sangat-sangat cepat, tetapi saya melihat ianya sebagai satu cabaran. Saya tidak pernah berpuas hati. Ia menjadi suatu ketagihan. Kejayaan telah menjadi satu ketagihan dan anda mahu untuk terus mencapai lebih lagi dan mencipta sejarah serta meninggalkan satu legasi."- DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja
Sumber artikel: Media JST

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, berdiri

Ulasan