"Jika kita boleh bermimpi mengenainya, kita pasti boleh melakukannya.Kita akan berjaya, tidak kira berapa lama masa yang perlu diambil"- DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja.

HARIMAU SELATAN! HIDUP INI BUKAN SEBUAH MIMPI!
"Jika kita boleh bermimpi mengenainya, kita pasti boleh melakukannya. Kita akan berjaya, tidak kira berapa lama masa yang perlu diambil"- DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja.
Sinar bola sepak Johor mulai nampak sinar harapan. Sebermula bulan Januari dua ribu dua belas dalam catatan, Baginda mengumumkan secara rasmi dalam laman Twitter miliknya bahawa bersetuju memikul beban. Maka menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor telah Tunku perkenankan.
Dengan yakin Tunku menyatakan hipotetikal. Penambahbaikan struktur bola sepak Johor seharusnya radikal. Diagnosis dan transformasi pasukan secara total. Agar organisasi tidak terkurung dalam sempitnya kubikel.
“Tiga haribulan November adalah hari kebangkitan Harimau Selatan”- DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja.
Setelah itu, eksplisit titah baginda justifikasi luar biasa. Titik tolak dijanjikan bola sepak Johor akan meluaskan kuasa. Kenyataan Tunku yang amat jelas bermakna walaupun ringkas. Iltizam baginda pada tarikh sembilan belas Julai dua ribu dua belas.
Bingung tengkar, cerdik begar. Cacian dan kejian mula berlegar. Kontradiksinya ramai pemerhati bola sepak Malaya masih lagi memandang sinis. Tidak terdetik langsung rasa percaya dalam prognosis. Pada masa yang sama ada yang merasakan bola sepak Johor terlalu lama derita sakit. Manakan boleh diubati segala penyakit?
Hasilnya, tahun dua ribu tiga belas telah dibuktikan Tunku dalam cerita. Sorakan Larkin kembali meriah gegak gempita. Stadium yang kosong mula dibanjiri setiap sudut oleh rakyat jelata. Eksplorasi penjarah kejuaraan agresif bermula serta merta!
“Tiada sesuatu pun yang mampu menghalang seseorang yang mempunyai sikap mental yang betul daripada mencapai cita-citanya, dan tiada sesuatu pun yang mampu membantu seseorang yang tiada sikap mental yang betul, kerana kurang bijak ini tiada ubatnya. Kejayaan diukur bukan pada kedudukan yang telah dicapai oleh seseorang itu, tetapi daripada segala halangan dan rintangan yang diatasi untuk mencapainya”- DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja.
Tahun demi tahun telah beredar. Ia beransur meninggalkan kita tanpa kita sedar. Kini panji Jauhar megah berkibar. Harimau Selatan kini selesa bersemayam gemilang menggegar.
“Apresiasi Piala Malaysia”
Kini, sekali lagi, gelaran juara Piala Malaysia dua ribu sembilan belas, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dinobatkan. Selepas melakar kemenangan tiga kosong ke atas Kedah tanpa perlu masa tambahan penentuan. Begitu cemerlang mendominasi seluruh perlawanan. Sesungguhnya keunggulan Harimau Selatan tidak boleh dipersoalkan.
Bertegang urat leher hingga berkeras buku lidah. Implementasi perjuangan ini berjaya sampai ke penyudah.
Rasionalnya Piala Malaysia hanyalah sekadar kejohanan yang menutup musim. Namun amat bernilai kerana terselit naratif kenangan bola sepak Negeri Johor Darul Ta’zim. Tunku mendedikasikan kejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi kepada Allahyarham Datuk Suleiman Mohd Noor. Yang selama ini baginda anggap Allahyarham sebagai seorang mentor.
“Kesetiaan adalah apabila kita meneruskan legasi seseorang bukan hanya ketika mereka masih ada tapi juga meneruskan legasi itu ketika mereka sudah tiada lagi di dunia ini. Saya dedikasikan piala ini kepada Allahyarham Datuk Suleiman Mohd Noor”- DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja.
Akhir kalam, Stadium Nasional Bukit Jalil juga telah menjadi destinasi meraikan majlis perpisahan buat kita. Hari terakhir tahun ini untuk kita menutup cerita. Selepas ini kita semua akan bersurai. Dua puluh dua puluh barulah rindu dapat terlerai.
Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.
Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.
Sumber artikel: Media JST

Ulasan