JDT Pulangkan Semula Wang Insentif Kemenangan Piala Malaysia Untuk Pembelian Bot Pembersihan Sungai

FAB4B1CD-9F39-468A-B418-02208D2D64D9

JDT Pulangkan Semula Wang Insentif Kemenangan Piala Malaysia Untuk Pembelian Bot Pembersihan Sungai

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim berkenan untuk mengurniakan semula insentif RM500,000 kepada Kerajaan Negeri Johor atas kejayaan menjuarai Piala Malaysia 2019 pada minggu lepas.
Menurut kenyataan daripada Johor Southern Tigers (JST) wang tersebut akan digunakan untuk menampung kos pembelian bot-bot pengutip sampah untuk tujuan pembersihan sungai-sungai di Negeri Johor.
“Ini merupakan sumbangan dari DYAM Tunku Mahkota Ismail dan JDT dalam usaha untuk melestarikan alam sekitar dan mengatasi masalah pencemaran yang berlaku,” kata kenyataan itu.

HRH Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Regent of Johor has returned the Johor Government's RM500,000 incentive to JDT for winning the 2019 Malaysia Cup and the amount is to be used to cover the cost of buying river cleaning boats to clean rivers in Johor.

[1/2]

View image on Twitter

61 people are talking about this

Bot pembersihan sungai menggunakan Teknologi Interceptor yang berasal dari Belanda, berupaya mengutip sehingga 5,000kg sampah sarap setiap hari. Selain menggunakan tenaga solar secara sepenuhnya, bot tersebut mampu beroperasi 24 jam sehari.
Di Malaysia, Selangor merupakan lokasi kedua di dunia yang menggunakan bot tersebut untuk membersihkan kawasan sungai klang.
B14EDE87-642A-4A3B-91E4-6FF180E594DC
Melalui penggunaan teknologi ini, anda boleh melibat pelbagai sampah sarap dikutip dari sungai seperti Helmet, handbag, botol, beg sampah, besi buruk, perkakasan elektrik, baju, yang dibuang oleh manusia.
Usaha yang dilakukan oleh Tunku Ismail wajar dipuji kerana sungai merupakan nadi pertumbuhan ekonomi setempat, di mana perniagaan-perniagaan, kedai-kedai dan sebagainya akan aktif dengan kegiatan ekonomi bersama orang ramai dan pelancong.

Ulasan