Gol Safawi Rasid untuk JDT dalam perlawanan menentang Shandong Luneng di pertandingan Asian Champions League (ACL) 2019 diiktiraf sebagai 10 gol tercantik di pertandingan tersebut pada musim ini.
ACL adalah pertandingan peringkat kelab paling berprestij di Asia, dan musim ini merupakan penyertaan pertama JDT di pertandingan ini.
Setelah dicalonkan sebagai 10 jaringan paling cantik untuk musim 2019, gol oleh Safawi Rasid kini berpeluang untuk memenangi Anugerah Gol Tercantik ACL 2019, sekiranya memperolehi undian yang mencukupi.
Sehingga artikel ini ditulis, gol jaringan Safawi Rasid berada di kedudukan kedua di belakang pemain Persepolis, Shojae Khalilzadeh di dalam senarai undian tertinggi.
Pencalonan gol Safawi sebenarnya bukan perkara yang menghairankan. Pada minggu perlawanan tersebut, jaringan penyerang negara ini turut dicalonkan sebagai AFC Champions League Allianz Goal of the Week.
ACL 2019 pada musim ini menyaksikan Al Hilal SFC muncul juara selepas menewaskan Urawa Reds.
Musim ini turut menyaksikan dua wakil negara layak bertanding di pertandingan ini. Bagaimanapun, Perak gagal layak ke peringkat kumpulan saingan selepas terkandas di pusingan kelayakan kepada Ulsan Hyundai.
Jika anda mahu jaringan Safawi dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Gol Tercantik ACL 2019, anda boleh melakukannya melalui pautan The AFC di sini.
Ulasan
Catat Ulasan