Safawi merangkul Piala Malaysia 2019 selepas pasukan itu dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, 2 Nov, 2019. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Gol kedua jaringan penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Muhammad Safawi Rasid, pada perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu lalu dipersoal di Dewan Rakyat hari ini.
S.N Rayer (PH-Jelutong) yang bangkit mempersoalkan jaringan tersebut menyifatkan secara mata kasar jaringan tersebut tidak masuk ke gawang.
Soalnya, adakah Malaysia akan melaksanakan Video Bantuan Pengadil (VAR) dan Teknologi Garisan Gol (GLT) dalam perlawanan di negara ini?
“Sebagai penyokong bola sepak Kedah, walaupun saya Ahli Parlimen Pulau Pinang, tetapi saya lahir di Kedah, jadi saya menyokong Kedah dan saya tertanya-tanya.

“Gol jaringan kedua dalam pertandingan baru-baru ini, yang melibatkan pemain Safawi Rasid, gol itu sebenarnya kelihatan tidak masuk.
“Cuma ada seorang pengadil di bahagian belakang yang menjaga, kerana kita (Malaysia) belum lagi memiliki GLT dan VAR yang telah diperkenalkan dalam Liga Perdana Inggeris.

"Jadi, persoalan saya adalah, bilakah perkara-perkara ini akan diperkenalkan dalam pertandingan bola sepak tanah air kita?” soal Rayer.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong berkata gol jaringan Safawi tersebut adalah keputusan muktamad pengadil.
Namun, jelasnya, pelaksanaan VAR dan GLT memerlukan dana yang tinggi selain perlu meneliti laporan teknikal oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
“Saya rasa gol oleh Safawi tersebut telah dimuktamadkan oleh pengadil, jadi tidak ada pertikaian dalam Dewan yang mulia ini.
“FAM pernah mencadangkan VAR pada 2018 selepas Piala Dunia, tetapi terpaksa menangguhkan cadangan tersebut kerana ujian kesesuaian berkaitan VAR ini memerlukan belanja yang amat besar, sedangkan FAM tidak mempunyai dana atau (wujud) keperluan setakat ini untuk menggunakan VAR," katanya.
Menurutnya, laporan teknikal daripada FAM dan FIFA amat penting sebelum perlawanan liga negara ini menggunakan teknologi tersebut.
"Memandangkan wujud isu-isu seperti gol Safawi, kementerian mencadangkan kepada Liga Malaysia agar menggunakan mekanisme terbaik untuk memperkenalkan sistem seperti teknologi VAR bagi mengelak pertikaian yang tidak sepatutnya berlaku,” tambah Sim.

Ulasan
Catat Ulasan