Final Piala Malaysia: Alex harap Kedah mampu lakar kejutan Final Piala Malaysia: Alex harap Kedah mampu lakar kejutan

Final Piala Malaysia: Alex harap Kedah mampu lakar kejutan







Final Piala Malaysia: Alex harap Kedah mampu lakar kejutan

Azamuddin dan rakan sepasukan berjanji berikan aksi terbaik pada perlawanan final malam esok. - Astro AWANI

ALOR SETAR: Bekas pemain JDT yang kini bersama Lang Merah, Mohd Azamuddin Akil, berharap Kedah dapat membuat kejutan pada final Piala Malaysia malam esok memandangkan bekas pasukannya itu memiliki barisan pemain hebat dan kuat.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Alex mengakui, umum mengetahui JDT merupakan pasukan yang kuat, namun dia dan rakan sepasukannya tetap akan bermain penuh semangat seperti sewaktu menentang Pahang pada separuh akhir Sabtu lalu.
“Saya tak kisah jurulatih bagi first eleven atau supersub. Saya main macam biasa. Tidak ada tekanan. Saya rasa sesiapa pun yang bermain akan berikan 100 peratus untuk pasukan.

“Sama juga dengan saya. Kalau jurulatih bagi pilihan pada saya, saya tiada tekanan untuk bermain di final nanti,” ujar Mohd Azamuddin.

Turut berkongsi pandangan, penjaga gol Kedah, Mohd Ifwat Akmal Che Kasim yang bertekad tidak mahu gawang Kedah dibolosi dengan mudah oleh JDT.

Ulasan