Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal (kanan) berkata kurniaan semula ini adalah untuk tujuan pembersihan sungai-sungai di Negeri Johor demi melestarikan alam sekitar. - Foto ihsan FB Pemangku raja 'HRH Crown Prince of Johor'
JOHOR BAHRU: Pemangku Raja Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan semula insentif atas kejayaan pasukan JDT menjuarai Piala Malaysia 2019, bernilai RM500,000 kepada Kerajaan Negeri bagi menampung pembelian bot pengutip sampah.
Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata kurniaan semula ini adalah untuk tujuan pembersihan sungai-sungai di negeri Johor demi melestarikan alam sekitar dan mengatasi masalah pencemaran yang berlaku
"Insentif ini diberikan sebagai dorongan dan pemangkin di atas semangat serta komitmen yang ditunjukkan oleh pasukan JDT sehingga berjaya memenangi piala berprestij ini.
"Bagaimanapun, Tunku Ismail telah berkenan untuk mengurniakan semula insentif ini kepada Kerajaan Negeri Johor, hari ini.
Pada 2 November lalu, pasukan JDT menewaskan pasukan Kedah 3-0 pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Ulasan
Catat Ulasan