DNA DAN FALSAFAH BOLA SEPAK MODEN FAKTOR UTAMA KEJUARAAN JDT

DNA DAN FALSAFAH BOLA SEPAK MODEN FAKTOR UTAMA KEJUARAAN JDT



Tahniah kepada Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim atas kejayaan menjulang Piala Malaysia sekaligus piala ketiga untuk musim 2019 yang cukup cemerlang.
Ramai yang teruja dan ramai juga yang masih iri hati dengan kejayaan demi kejayaan yang diraih JDT malah sudah ada penyokong dan pengurusan pasukan lain yang mula menjadikan JDT sebagai ‘role model’ untuk membentuk pasukan.
Jika dilihat pada JDT, pemain dan jurulatih silih berganti tetapi piala tetap kekal di JDT. Apakah rahsianya? Kekuatan skuad Harimau Selatan ini sebenarnya terletak pada DNA dan falsafah bola sepak moden yang diterapkan di dalam mentaliti setiap individu yang terlibat dalam pasukan.
Trofi demi trofi berjaya didakap JDT sejak 2014 dan semangat kemenangan ini tidak pernah padam dalam diri pemain JDT. Mereka bermain mengikut falsafah yang ditetapkan dan falsafah ini turut digunakan pada pasukan pembangunan serta pasukan akademi.
Menerusi falsafah ini maka lahirlah satu DNA yang membentuk kelab bola sepak ini. DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Raja pula tidak henti – henti mengingatkan para pemain dan barisan kejurulatihan tentang DNA ini dan seterusnya membentuk satu ‘winning mentality’ yang cukup kuat.
DNA dan falsafah ini bukan sahaja berhenti setakat pasukan di atas padang, ianya turut disampaikan kepada penyokong yang sememangnya boleh dikategorikan sebagai penyokong terbaik.

Jika kita lihat penyokong JDT sentiasa melarkinkan semua stadium yang dikunjungi. Corak sokongan yang matang sentiasa ditonjolkan dengan ditunjangi oleh Boys Of Straits dan memperlihatkan kelahiran satu kumpulan penyokong yang berdisiplin.
Jelas disini, kejayaan dan kejuaraan yang dinikmati JDT adalah hasil kerja keras dengan satu matlamat yang jelas. Apabila semuanya jelas, maka pasukan akan lebih fokus dan mudah menjalankan tugas yang sepatutnya dan yang pasti, duit bukanlah segalanya.
Luaskan Kuasamu Johor

Ulasan