Wan Jamak Yakin Selangor Tapau JDT, Tetapi Mahu JDT Ke Final


Bekas jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan yakin bahawa Selangor boleh ‘tapau’ (kalahkan) JDT pada separuh akhir kedua di Shah Alam.
Menurut Wan Jamak, aksi Selangor di Larkin adalah bukti pasukan Selangor cukup bagus untuk mengatasi JDT pada perlawanan itu nanti. Ini kerana pada pandangan Wan Jamak, ramai pihak menjangkakan JDT akan menang mudah di Larkin. Namun Selangor hanya tewas 2-1.
Ditambah pula dengan kejayaan Selangor membawa 1 jaringan tempat lawan. Wan Jamak menganggap ia sebagai satu kelebihan.
Perlawanan di stadium Larkin tempoh hari menyaksikan pasukan JDT menang 2-1 ke atas Selangor.
Gol JDT adalah menerusi Syafiq Ahmad dan Leandro Velasquez. Manakala gol tunggal pasukan Selangor adalah menerusi penyerang sensasi mereka Ifedayo.
Bercakap kepada BH online, Wan Jamak Hassan berkata:
“Kita lihat pada separuh akhir pertama JDT lebih dominan mengawal keseluruhan perlawanan. Namun komitmen diberikan oleh Selangor sangat tinggi.”
“Jika tidak kerana sedikit kesilapan oleh pertahanan Selangor, saya merasakan perlawanan itu berakhir dengan keputusan seri.”

Wan Jamak kemudian menyatakan bahawa elemen penyokong di Shah Alam juga akan menjadi aspek penting dalam menaikkan semangat pasukan Selangor.
“Walaupun Selangor sudah lama tak mengecapi kejayaan, namun mereka masih pemegang rekod [juara Piala Malaysia paling banyak]. Dan saya yakin Selangor juga akan mendapat sokongan padu daripada penyokong mereka.”
“Walaubagaimanapun, JDT adalah pasukan yang seimbang di setiap posisi. Dengan pengalaman dan kualiti yang mereka ada, mereka tak gentar untuk bertandang ke tempat lawan.”
Bagi perlawanan di antara Pahang dan Kedah pula, Wan Jamak menegaskan, pasukan Pahang jelas ada kelebihan. Ini selepas mereka seri 3-3 di Darul Aman.
Ditanya tentang ramalan beliau tentang pasukan yang akan ke final, Wan Jamak – walaupun yakin Selangor tapau JDT – beliau meramalkan Pahang dan JDT akan berentap di final.
“Saya sebenarnya suka untuk melihat JDT dan Pahang berentap di final.”

Ulasan