Penyerang import dari Nigeria tampak bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk memastikan Selangor berjaya mengatasi JDT sekaligus mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada musim ini.
“You call yorself the King of Malaysia? You come Shah Alam,” laung pemain tersebut dalam sebuah video yang dimuatnaik oleh platform media Selangor semalam.
“Anda memanggil diri anda Raja [bola sepak] Malaysia? Anda datang ke Shah Alam.”
Demikianlah terjemahan kata-kata pemain tersebut selepas selesai perlawanan di Larkin pada minggu lalu.
Dalam perlawanan tersebut, Selangor melalui Ifedayo terlepas beberapa peluang untuk dijadikan bekalan lebih selesa untuk perlawanan kedua di Shah Alam.
Namun jaringan tunggal Ifedayo untuk pasukan Selangor dalam perlawanan pada minggu lalu boleh menjadi bekalan berguna sekiranya perlawanan terikat dan terpaksa ditentukan melalui peraturan gol di tempat lawan.
Melalui akaun Twitter beliau, Ifedayo turut berkongsi ulang tayang video jaringannya ketika menentang JDT dan bersama caption ringkas #onGod – yang membawa maksud segalanya akan diserahkan kepada Tuhan untuk perlawanan pada malam ini.
Untuk rekod sepanjang saingan Liga Super yang lalu, lapan dari 12 jaringan oleh Ifedayo dihasilkan di Stadium Shah Alam. Mampukah penyerang dari Nigeria ini mengulangi ketajaman beliau di hadapan pintu gol lawan pada malam ini?
Sama-sama kita nantikan.
Ulasan
Catat Ulasan