TRANSFORMASI SYAFIQ AHMAD, BESAR PERANAN JDT DALAM MEMULIHKAN PRESTASI PEMAIN INI.

TRANSFORMASI SYAFIQ AHMAD, BESAR PERANAN JDT DALAM MEMULIHKAN PRESTASI PEMAIN INI.
:
📝Muhammad Aiman - FoxSportAsia
:
Pada Disember 2017, dua peristiwa besar berlaku dalam perjalanan karier Syafiq Ahmad.
:
Pertamanya dia digugurkan oleh Dato’ Ong Kim Swee daripada skuad bawah 23 tahun Malaysia ke Kejuaraan Asia B-23 di China, kerana lambat melapor diri ke kem latihan, dan yang kedua, membuat keputusan meninggalkan Kedah untuk menyertai Johor Darul Takzim.
:
Perpindahannya ke JDT, mencetus pelbagai polemik, rata-rata menganggap Syafiq Ahmad yang berusia 22 tahun ketika itu membuat keputusan yang silap memandangkan ramai pemain muda yang berhijrah ke sana, akhirnya hilang dari radar.
:
Musim pertamanya pada 2018, tidak banyak perkara menarik untuk diperkatakan, sekadar meneruskan apa yang dilakukannya di Kedah selain daripada panggilan pertama kali memperkuatkan pasukan senior Harimau Malaya, malah dia turut menjaringkan gol tunggal kemenangan ke atas Fiji, sebelum diusung keluar kerana kecederaan.
:
Di Piala AFF Suzuki 2018, dia sekadar menjadi pemain simpanan, beraksi sekali sahaja dalam kesebelasan utama dan empat kali masuk sebagai pemain gantian.
:
Musim 2019, dia mendapat lebih peluang bersama JDT, menyerlah di pentas domestik dan turut menyerlah di pentas Liga Juara-Juara Asia, menyaksikan kelibatnya mula mendapat perhatian lebih daripada Tan Cheng Hoe.
:
Ketika Malaysia berpesta gol membelasah Timor Leste 7-1 dalam aksi pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Syafiq mengalami kecederaan lutut kiri (MCL) di babak awal permainan dan kemudiannya tersisih beberapa minggu.
:
Pemain kelahiran Pulau Pinang ini bertuah, sekembalinya ke kem JDT, kecederaannya mendapat penilaian daripada konsultan perubatan Manchester City dan JDT, Juan Manuel Boffa, yang juga merupakan pakar sains sukan dan pendidikan jasmani.
:
Perkembangan kecederaannya dipantau rapi pakar perubatan dan dibantu oleh fasiliti perubatan, pemulihan dan latihan yang berkelas dunia di JDT, membolehkannya kembali ke dalam aksi sebagai seorang pemain yang lebih baik, yang mana diakui oleh Syafiq Ahmad sendiri.




TRANSFORMASI SYAFIQ AHMAD, BESAR PERANAN JDT DALAM MEMULIHKAN PRESTASI PEMAIN INI. : 📝Muhammad Aiman - FoxSportAsia : Pada Disember 2017, dua peristiwa besar berlaku dalam perjalanan karier Syafiq Ahmad. : Pertamanya dia digugurkan oleh Dato’ Ong Kim Swee daripada skuad bawah 23 tahun Malaysia ke Kejuaraan Asia B-23 di China, kerana lambat melapor diri ke kem latihan, dan yang kedua, membuat keputusan meninggalkan Kedah untuk menyertai Johor Darul Takzim. : Perpindahannya ke JDT, mencetus pelbagai polemik, rata-rata menganggap Syafiq Ahmad yang berusia 22 tahun ketika itu membuat keputusan yang silap memandangkan ramai pemain muda yang berhijrah ke sana, akhirnya hilang dari radar. : Musim pertamanya pada 2018, tidak banyak perkara menarik untuk diperkatakan, sekadar meneruskan apa yang dilakukannya di Kedah selain daripada panggilan pertama kali memperkuatkan pasukan senior Harimau Malaya, malah dia turut menjaringkan gol tunggal kemenangan ke atas Fiji, sebelum diusung keluar kerana kecederaan. : Di Piala AFF Suzuki 2018, dia sekadar menjadi pemain simpanan, beraksi sekali sahaja dalam kesebelasan utama dan empat kali masuk sebagai pemain gantian. : Musim 2019, dia mendapat lebih peluang bersama JDT, menyerlah di pentas domestik dan turut menyerlah di pentas Liga Juara-Juara Asia, menyaksikan kelibatnya mula mendapat perhatian lebih daripada Tan Cheng Hoe. : Ketika Malaysia berpesta gol membelasah Timor Leste 7-1 dalam aksi pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Syafiq mengalami kecederaan lutut kiri (MCL) di babak awal permainan dan kemudiannya tersisih beberapa minggu. : Pemain kelahiran Pulau Pinang ini bertuah, sekembalinya ke kem JDT, kecederaannya mendapat penilaian daripada konsultan perubatan Manchester City dan JDT, Juan Manuel Boffa, yang juga merupakan pakar sains sukan dan pendidikan jasmani. : Perkembangan kecederaannya dipantau rapi pakar perubatan dan dibantu oleh fasiliti perubatan, pemulihan dan latihan yang berkelas dunia di JDT, membolehkannya kembali ke dalam aksi sebagai seorang pemain yang lebih baik, yang mana diakui oleh Syafiq Ahmad sendiri.
A post shared by BrotherhoodJOHOR (@brotherhoodjohor) on

Ulasan