Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika ditemui media pada majlis pelancaran kempen Simplysiti di Hati 2019 di Hotel New World, Petaling Jaya. - Foto Aziah Azmee
KUALA LUMPUR: “Kedah menjadi pilihan saya kerana ia adalah negeri kelahiran suami. Malah, datuk saya juga asalnya dahulu dari sana,” .
Demikian kata penyanyi terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila ditanya mengenai pasukan pilihannya untuk menjuarai Piala Malaysia musim ini, antara Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT).
Kedua-dua pasukan berkenaan akan berentap pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini dengan perlawanan dijadual bermula jam 9 malam.
"Saya memilih Kedah sebagai juara Piala Malaysia kali ini. Bersama barisan yang agak kental, saya berasakan mereka mampu menewaskan JDT dengan jaringan 3-2,” kata penyanyi berasal dari Pahang itu lagi.
Sementara itu penyanyi, Amy Search memilih JDT untuk merangkul kejuaraan Piala Malaysia kali ini. Namun beliau tidak menafikan skuad Helang Merah bukan mudah untuk dijinakkan oleh skuad Harimau Selatan.
“Kedah bukan pasukan sembarangan. Jadi, saya rasa perlawanan akhir nanti akan berlangsung dengan sengit. Namun, saya yakin pasukan JDT akan memenangi Piala Malaysia dengan jaringan 1-0 mengatasi Helang Merah. Apa pun, tahniah kepada kedua-dua pasukan kerana mara ke perlawanan akhir,” katanya yang berasal dari Johor.
Ulasan
Catat Ulasan