S. Kunanlan Berjaya Jalani Pembedahan Di Barcelona


Pemain pertahanan, S. Kunanlan telah menjalani pembedahan pergelangan tangan di Barcelona. Perkara itu disahkan oleh kelab itu sendiri melalui satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.
Menurut kenyataan tersebut, Kunanlan telah selamat menjalani pembedahan yang dilakukan oleh doktor pakar, Dr. Jaume Peeramon Llaving dan Dr. Juan Manuel Boffa.
Dr. Jaume Peeramon Llaving merupakan bekas doktor pasukan bola baling dan bola keranjang kebangsaan Sepanyol. Manakala Dr Juan Manuel Boffa bukan lagi watak asing di JDT selepas dilantik sebagai konsultan oleh juara Liga Super enam kali itu sejak Februari lalu.
Johor Darul Ta'zim FC defender S. Kunanlan underwent a successful wrist surgery with former Spanish Handball and Basketball National Team doctor Dr. Jaume Perramon Llavina and JDT medical consultant Dr. Juan Manuel Boffa.

[1/2]

View image on Twitter

15 people are talking about this
Boffa, yang merupakan pakar perunding perubatan Manchester City, telah menyediakan khidmat konsultasi kepada Harimau Selatan sejak Februari 2019 dan juga telah merawat kecederaan yang dialami Natxo Insa, Syafiq Ahmad, Gary Steven Robbat dan Darren Lok.
Dr. Boffa merupakan pakar dalam bidang perubatan sukan dan pendidikan jasmani, dan juga pakar dalam traumatologi bola sepak.
Dr. Boffa memperolehi kelayakan di dalam bidang perubatan dari Universiti Nasional Rosario, Argentina pada 1998. Merupakan seorang sonographer, Dr. Boffa adalah salah seorang doktor yang bekerja secara terus dengan pemain-pemain kendalian Pep Guardiola di Etihad sebelum ini.

Ulasan