PREVIU - CHALLENGE CUP FINAL 2
Pertandingan Challenge Cup 2019 akan sampai ke kemuncak malam ini dengan aksi Final 2 antara UKM FC dan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.
Jurulatih JDT II, Ervin Boban menganggap kemasukan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Fadhli Shas dan Ahmad Hazwan Bakri akan memberi impak positif apabila bertemu UKM FC pada aksi final kedua Challenge Cup di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam ini.
Malaysian Football League (MFL) telah meluluskan pendaftaran dua pemain JDT itu ke JDT II pada hari Khamis.

Walaupun membawa bekalan kemenangan 1-0 pada aksi final pertama di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Jumaat lalu, Boban mengakui tugas berat menanti anak didiknya.
“Fadhli dan Hazwan dibawa masuk disebabkan ada beberapa pemain mengalami kecederaan, termasuk pemain pertahanan Bruno Soares yang tidak dapat bermain malam ini.
“Mereka merupakan pemain yang berpengalaman dan saya harap mereka dapat membantu pemain-pemain lain dalam misi kita.
Bruno Soares telah mengumpul 22 penampilan musim ini untuk JDT II dengan satu gol dijaringkan.
“Kemungkinan UKM FC akan mengunakan taktikal berbeza dan kami kena bersedia.
“Saya tidak tahu bagaimana mereka akan beraksi tapi saya jangkakan kesebelasan utama yang sama akan diturunkan.
“UKM merupakan pasukan yang baik dan kami harus lupakan aksi di Pasir Gudang dan memberi sepenuh tumpuan apabila berdepan mereka.
“Saya anggap keputusan masih 0-0 dan pasukan saya tidak akan bermain secara bertahan. Kami akan cuba sedaya-upaya untuk mencari gol.
“Kami membuat persiapan rapi untuk perlawanan final kedua ini walaupun hujan semenjak dua hari lepas. Semua pemain berada pada keadaan baik kecuali Bruno yang mengalami kecederaan hamstring. Dia tidak akan diturunkan malam ini,” tambah Boban.
Beliau juga telah membuat persiapan untuk berdepan situasi masa tambahan dan sepakan penalti.
Kehadiran Fadhli di barisan pertahanan akan memberi kestabilan yang diperlukan bagi menyekat percubaan daripada penjaring terbanyak UKM FC, Milad Zanidpour (enam gol) dan Mateo Roskam (lima gol).
Roskam telah menjaringkan 18 gol dalam semua pertandingan musim ini, termasuklah lima gol dalam empat perlawanan Challenge Cup di laman sendiri.
Pembantu jurulatih UKM FC Juzaili Samion berkata bahawa pasukannya sudah bersedia untuk apa jua kemungkinan.
“Latihan berjalan lancar and semua pemain berada dalam keadaan baik. Untuk perlawanan aksi kedua, kami perlu tajam dalam mengambil peluang untuk mencari jaringan.
“Kami juga kenalah berhati-hati dan mengelak dari melakukan kesilapan.
“Apa jua terjadi, pasukan UKM FC sudah mencapai sejarah beraksi dalam final Challenge Cup untuk kali kedua berturut-turut.
“Saya juga selalu berkomukasi dengan pengendali UKM Sulaiman Hussin, yang berada di Jepun sekarang ini untuk kursus kejurulatihan AFC, untuk mendapatkan pandangan beliau dari segi taktikal,” kata Juzaili.
Perlawanan akan berlangsung pada jam 9 malam di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras dengan siaran langsung di mycujoo.

Ulasan
Catat Ulasan