Piala Cabaran 2019: Juzaili Samion Mahu Lakar Sejarah Bersama UKM FC


Tinggal sehari sahaja lagi sebelum bermulanya perlawanan akhir kedua kejohanan Piala Cabaran di antara UKM FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) II, Penolong Jurulatih UKM FC, Juzaili Samion telah pun memasang impian mahu meraih kejayaan pertama beliau dalam bidang kejurulatihan.
Wakil SemuanyaBOLA sempat menghubungi bekas pemain kebangsaan itu yang kini memangku jawatan ketua jurulatih bagi menggantikan Sulaiman Husin yang sedang mengikuti kursus kejurulatihan di luar negara.
Ditanya mengenai kelebihan pasukan bimbingannya itu, Juzaili menjelaskan majoriti anak buahnya terdiri daripada pelajar dan bekas pelajar UKM yang telah bermain bersama sejak dari Liga IPT kemudian Piala FAM dan kini beraksi di Liga Perdana.
FINAL 2 🏆 CHALLENGE CUP 2019

📸 Pagi tadi telah berlangsungnya Mesyuarat Koordinasi Perlawanan (MCM) yang bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras dan juga Sidang Media Pra-Perlawanan.

Galeri penuh http://bit.ly/CCFinal2Meeting 

View image on TwitterView image on TwitterView image on TwitterView image on Twitter

See Malaysian Football League's other Tweets
“Istimewanya UKM FC ini, mereka sudah tahu gaya permainan dan pergerakan sesama mereka. Jadi tidak timbul isu dari sudut mencari keserasian antara pemain. Kekuatan utama mereka adalah kerjasama dan persefahaman antara pemain yang kuat. Itulah faktor yang saya lihat pasukan ini boleh pergi lebih jauh.”
Mengikut rekod, UKM FC telah berjaya melangkah ke peringkat akhir buat kali kedua berturut-turut. Dalam perlawanan akhir musim lepas, The Varsity Boys dikecewakan pasukan Terengganu FC (TFC) II dengan kekalahan 4-2 secara agregat.
Oleh yang demikian, jurulatih berusia 38 tahun itu bertekad mahu melakar sejarah dengan membuat kebangkitan di Stadium Cheras pada Sabtu ini agar menjadi memori terindah buat pasukan UKM FC.
“Sebenarnya kami sudahpun melakar sejarah. Bukan mudah untuk mara ke perlawanan akhir untuk dua tahun berturut-turut. Jadi untuk maniskan lagi sejarah tersebut adalah dengan kejayaan merangkul Piala Cabaran ini.

The Challenge Cup 2019 Final 2nd Leg match between UKM FC and Johor Darul Ta'zim II will kick-off this Saturday, 12 October 2019 at the KLFA Stadium, Cheras at 9.00pm.

Come and give your words of support to the players of the Southern Tigers for this upcoming match.

View image on Twitter

See JOHORSouthernTigers's other Tweets
“Saya harap untuk perlawanan akhir kedua ini, walaupun kita sudah ketinggalan 1-0 pada perlawanan pertama, saya percaya dan yakin, pemain saya boleh membuat kejutan di Cheras nanti.” tambah jurulatih kelahiran Pahang itu lagi.
“Walaupun Piala Cabaran ini untuk pasukan-pasukan yang tidak layak ke saingan Piala Malaysia, tetapi pada saya kejuaraan ini masih merupakan satu pertandingan yang diiktiraf oleh FAM.
“Jadi apabila kami berjaya menjulang piala ini, ianya akan menjadi satu sejarah. Sejarah ini tidak boleh dipadam atau diubah. Makna kata apabila kita sudah melakar sejarah, sejarah itu akan terpahat sampai bila-bila.”
Dengan masa yang ada, Juzaili mahu pemainnya berusaha bersungguh-sungguh dalam latihan bagi memperbaiki bahagian serangan kerana mereka wajib menjaringkan gol untuk perlawanan kedua nanti.
“Yang penting pada Sabtu ini saya harapkan kita dapatkan terjemahkan segala peluang yang ada dengan jaringan gol. Sebenarnya pada perlawanan pertama tempoh hari kita ada beberapa peluang, tetapi penyudah kurang menjadi.
“Jadi kita perlu lebih tajam di hadapan gol. Sambil itu kita perlu pastikan benteng pertahanan kita kukuh dan tidak melepaskan sebarang gol. Kita juga harapkan pemain tengah kita dapat mengawal permainan dengan sebaiknya.”

Ulasan