Piala Cabaran 2019: Hafizi Amiruddin Optimis Peluang UKM FC Muncul Juara Masih Cerah


Tewas 1-0 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) II pada perlawanan akhir pertama dalam kejohanan Piala Cabaran tempoh hari langsung tidak mematahkan semangat pemain sayap UKM FC, Hafizi Amiruddin yang masih optimis pasukannya berpeluang untuk bangkit pada perlawanan kedua.
UKM FC mencatat sejarah selepas berjaya melangkah ke perlawanan akhir buat kali kedua berturut-turut. Pada kejohanan sama tahun lepas, UKM FC telah dikecewakan juara sulung, Terengganu FC (TFC) II dengan kekalahan 4-2 secara agregat.
Tahukah anda? Kesemua 5️⃣ gol Mateo Roskam dalam Challenge Cup dijaringkan di laman sendiri!

Mampukah Roskam memanfaatkan kelebihan tuan rumah @ukm_fc Sabtu ini ketika bertemu Johor Darul Ta’zim II dalam aksi Final 2? 🔥

See Malaysian Football League's other Tweets
Bercakap kepada wakil SemuanyaBOLA, Hafizi menganggap Piala Cabaran amat penting dan beliau bertekad mahu membawa pasukannya menjuarai piala ini buat kali pertama.
“Bagi saya ianya sangat penting. Buat pasukan yang tidak berpeluang untuk beraksi di pentas Piala Malaysia, contohnya seperti UKM FC, kami masih berpeluang untuk mengharumkan nama pasukan dalam saingan Liga Malaysia.
“Peluang untuk bangkit masih ada lagi sebab kami cuma kalah 1-0 di Pasir Gudang. Jadi untuk perlawanan di Stadium Cheras nanti jika kami akan berusaha untuk jaringkan 2 gol dan tidak bolos. Jadi peluang masih terbuka.
“Pasukan mereka memang ‘solid’, terutama di bahagian tengah. Saya akui corak permainan mereka memang kemas dan tersusun. Tetapi saya harap di Cheras nanti nasib menyebelahi UKM.
“Sebagai pemain di bahagian serangan, saya melihat senjata terbaik UKM untuk perlawanan akan datang adalah serangan balas pantas.”

Ditanya adakah beliau akan sekali lagi memulakan permainan dalam kesebelasan utama, Hafizi menyerahkan perkara itu kepada pemangku jurulatih, Juzaili Samion untuk menentukannya.

Kredit Foto: UKM FC
“Itu saya tidak pasti. Terpulang kepada strategi jurulatih sama ada mahu menurunkan saya atau tidak.” katanya ringkas.
Pemain berusia 31 tahun itu turut ditanya mengenai masa depannya bersama UKM FC, sama ada beliau akan terus bersama pasukan tersebut atau berhijrah ke pasukan lain.
“Setakat ini saya masih belum menerima tawaran dari mana-mana pasukan. UKM FC sendiri pun masih belum memberi sebarang kata putus untuk musim depan. Tetapi saya masih berharap untuk terus beraksi bersama pasukan ini.”

JADUAL PERLAWANAN FINAL 2 🏆 CHALLENGE CUP 2019

⚽ Jangan lupa hujung minggu ini, Sabtu, 12/10/19, perlawanan Final 2 Challenge Cup 2019 di antara UKM FC lwn Johor Darul Ta'zim II di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras ok?

Siaran langsung di mycujoo! 🔥

View image on Twitter

See Malaysian Football League's other Tweets

Perlawanan akhir kedua dijadualkan akan berlangsung pada Sabtu ini di Stadium Cheras, Kuala Lumpur.
Kredit FotoAsiana.my

Ulasan