Jualan tiket penyokong Kedah lancar

PENYOKONG Kedah beratur sejak awal pagi walaupun kaunter jualan tiket hanya dibuka pada jam 10.30 pagi di perkarangan Stadium Darul Aman untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kedah menentang Johor Darul Takzim pada sabtu ini di Stadium Bukit Jalil. - Foto NSTP/Sharul Hafiz Zam
ALOR SETAR: Hampir 5,000 penyokong Kedah membanjiri Stadium Darulaman pagi ini bagi mendapatkan tiket aksi final Piala Malaysia Kedah menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang memulakan penjualan tiket tepat pada pukul 10.30 pagi membuka lima kaunter tiket bagi melancarkan semua urusan pembelian bagi mengelak kesesakan.
Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu Masuk KFA, Jusri Anuar Jamarudin berkata, pemantauan pihak mereka mendapati jualan tiket termasuk kepada pengusaha bas dan van semuanya berjalan dengan lancar dan tersusun. 
"Kami dapati pembeli sudah mula berkumpul di kaunter tiket yang ditetapkan sejak awal pagi tadi dan urusan di kaunter terkawal dan berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tak diingini."

“Sistem di kaunter kini lebih kemas dan teratur yang telah dilaksanakan pihak KFA semasa penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA di sini Julai lalu."
PENYOKONG Kedah beratur sejak awal pagi walaupun kaunter jualan tiket hanya dibuka pada jam 10.30 pagi di perkarangan Stadium Darul Aman untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kedah menentang Johor Darul Takzim pada sabtu ini di Stadium Bukit Jalil. - Foto NSTP/Sharul Hafiz Zam
"Penyokong tidak nampak kelam kabut dan selesa ketika membeli tiket." 
Jika masih ada lebihan tiket, kita akan lanjutkan waktu jualan hingga pukul 4.30 petang ini dan jika masih ada lebihan, mungkin kita cadangkan untuk dijual di Stadium Shah Alam esok."
"Bagaimanapun kita akan maklumkan perkembangan jualan tiket ini melalui laman media KFA dan saya berharap penyokong mendapat maklumat tepat berkaitan tiket ini setiap masa.”

Ulasan