JDT Kekal Terbaik Di Malaysia


Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengekalkan rekod sebagai pasukan paling tinggi dari segi kehadiran penyokong di stadium untuk lima tahun berturut-turut.
Dalam siaran yang dikeluarkan di laman JOHOR Southern Tigers, JDT memperoleh kehadiran seramai 196,858 orang pada musim ini bagi semua pertandingan merangkumi Liga Super, Shopee Piala FA dan juga Piala Malaysia.
“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mencatatkan kehadiran penyokong tertinggi di Malaysia untuk lima tahun berturut-turut sejak 2015 hingga 2019 mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Malaysian Football League (MFL).”
Kehadiran yang dicatatkan oleh JDT itu berjaya mengatasi rekod yang diperoleh pasukan Kedah iaitu seramai 192,617 orang.
Walaupun sebenarnya jumlah kehadiran yang diperoleh JDT ini sebenarnya mengalami penurunan pada tahun ini berbanding pada tahun lalu, namun jumlahnya tetap paling tinggi di negara kita.
Pada tahun 2018, JDT memperoleh kehadiran seramai 216,220 orang – lebih tinggi berbanding apa yang diperoleh pada tahun ini.
Dari sudut purata pula, JDT mencatatkan seramai 11,580 orang penyokong hadir sepanjang pada setiap perlawanan.
Rekod yang dicatatkan ini menyaksikan JDT masih lagi pasukan yang berjaya menarik penyokong untuk ke stadium secara konsisten ke stadium selain pasukan Kedah.

Ulasan