INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | ROYAL FAMILY'S CONTRIBUTIONS NEVER STOP - PART TWO

FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | SUMBANGAN KERABAT DIRAJA KEPADA RAKYAT TIDAK PERNAH TERHENTI - BAHAGIAN DUA
Pembukaan ladang gambir dan lada hitam secara besar-besaran oleh Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim sejak awal tahun 1840an menjadi titik tolak utama kepada fasa kemakmuran negeri Johor.
Ditambah pula negeri Johor turut dikenali di dunia sebagai pengeksport utama tanaman yang menjadi permintaan besar di Eropah. Keupayaan ekonomi negeri semakin kukuh serta hasilnya dimanfaatkan untuk seluruh rakyat dan pembangunan negeri Johor.
Keperibadian Sultan Sir Abu Bakar dalam sumbangan baginda untuk dinikmati rakyat dan negeri menjadi ikutan waris-waris baginda. Segala sumbangan peribadi selain dari tanggungjawab kerajaan adalah kurniaan berdasarkan hemat fikiran baginda.
Sumbangan ikhlas Sultan Sir Ibrahim pada tahun 1920an kepada negeri-negeri Melayu lain ketika menghadapi bencana banjir besar menunjukkan luasnya kemurahan hati Kesultanan Johor.
Oleh itu, tidak hairan mengapa DYMM Sultan Ibrahim dan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Raja turut menyumbangkan kurnia kepada mangsa bencana gempa bumi yang berlaku seperti di Sabah dan banjir luar biasa di Pulau Pinang.
Kurniaan baginda dalam pelbagai bentuk seperti keperluan-keperluan adalah demi melihat kesejahteraan rakyat terus terpelihara. Sumbangan DYAM Tunku Mahkota Ismail Pemangku Raja kepada fakir miskin terpilih di setiap daerah pada setiap bulan selama bertahun-tahun adalah refleksi sebenar keperibadian dan jiwa kepimpinan baginda. Allah Peliharakan Sultan.
———
INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | ROYAL FAMILY'S CONTRIBUTIONS NEVER STOP - PART TWO
The mass opening of gambier and black pepper plantations by Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim since the early 1840s was a key turning point in Johor's era of prosperity.
In addition, Johor was known around the world as a major exporter of both produce that were highly demanded in Europe. The state's economic power became stronger with the results being benefited by the Johor rakyat and development.
Sultan Sir Abu Bakar's generosity in His Majesty's contributions for the rakyat and state has been passed down to subsequent heirs. All personal contributions, excluding the state's responsibilities, were given based on His Majesty's discretion.
Sultan Sir Ibrahim's personal contributions in the 1920s for other Malay states affected by floods showed the generosity of the Johor Sultanate.
Hence, it is no surprise when HM Sultan Ibrahim and HRH Tunku Mahkota Ismail, Regent of Johor, gave contributions to earthquake victims in Sabah and flood victims in Penang in recent years.
The contributions in various forms such as daily necessities are to ensure the rakyat's prosperity. HRH Regent of Johor Tunku Mahkota Ismail's contributions to the underprivileged in every district every month for years are a reflection of His Royal Highness' personality and leadership spirit. Allah Peliharakan Sultan.
Imej

Ulasan