HARIMAU DATANG, GERGASI MENANGIS
Tiga kosong. Memang tragis derita mereka tanggung. Di rumah sendiri mereka kecundang. Setelah bersungguh-sungguh, menjemput kita datang.
Rentetan cabaran lantang awal-awal telah dilontarkan. “Come to Shah Alam” berulang kali telah dilaungkan. Bagai sebelah mata dipandang Harimau Selatan. Kesudahannya kisah duka yang menamatkan penceritaan.
Bukan sengaja mahu menunjukkan siong. Cuma kepuasan menutup kicau murai dan bising tiong. Tiga gol Safawi menjadi salam kaut majlis undangan. Menjadi indikator meneruskan eksplorasi merampas kejuaraan.
“Faktor kejayaan”
Kemenangan ini adalah hasil kerja keras dan kemahuan tinggi dalam mengimplementasikan kemaraan. Misi membalas kepercayaan DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja dan penyokong juga menjadi faktor pencetus kebangkitan.
Pabila kedua-dua elemen ini digaul bersama dalam satu kubus proposisi, maka tidak syak lagi membawa piala tertua Asia itu bukan sebuah harapan yang dicanang mitasi.
Pada malam itu, setiap posisi berfungsi dengan baik. Tempo permainan pula menjadi sangat menarik. Disiplin ketika bertahan konsisten tiada turun naik. Impresif menjadikan taktikal yang diadaptasi berkondisi terbaik.
Pulangannya, tiga gol berturut Safawi Rasid meledak. Laluan pentas akhir jelas terang telah ternampak. Aspirasi terkini tersusun rapi turut tercetak. Merealisasikan misi, menambah koleksi terbaharu piala-piala di rak.
Melihat kepada tiga gol Safawi malam itu. Tiba-tiba fikiran terbang melayang ke masa lalu. Bagai ingkarserasi dalam kubus dimensi, ruang dan waktu. Ingatan kembali semula ke tahun sembilan belas sembilan puluh satu.
Hatrik, waktu hujan dan Piala Malaysia menjadi kata bayangan. Yang berbeza hanyalah era, pemain, bolos dan peringkat pertembungan. Telah tertulis ianya hanyalah sekadar satu kebetulan. Menggamit memorabilia kegemilangan legenda Johor, Ervin Boban.
Akhir kalam, beraksi di pentas akhir bukan sesuatu yang mudah, ianya memerlukan usaha keringat berlipat kali ganda, namun efikasi diri jadi stimulasi cahaya sinar harapan, maka bintang ini pasti terus bersinar bergemelapan.
Maka, bersama-samalah kita berdoa dan fokus berjuang mencapai matlamat, semoga berjaya tamat, kelak hingga sampai ke garisan penamat.
Bukit Jalil! Tunggu kami datang!
“Piala Malaysia hanyalah satu lagi kejohanan, tidak lebih dari itu. Tetapi saya yakin bahawa kelab, para pemain dan barisan kejurulatihan, yang kesemuanya profesional, akan memberikan yang terbaik untuk penyokong, penaja dan sebagainya”- DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja
Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.
Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.
Sumber artikel: Media JST
Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Ulasan
Catat Ulasan