Langkah Ahli Dewan Undangan (ADUN) Negeri Kota Anggerik, Yang Berhormat Najwan Halimi yang menawarkan 200 tiket percuma aksi separuh akhir kedua saingan Piala Malaysia 2019 diantara Selangor menentang Johor Darul Ta’zim bagi penduduk setempat nyata mengundang kemarahan sebahagian penyokong setia pasukan ‘Merah Kuning’ itu.
Siapa penyokong Red Giants yang nak tengok bola Sabtu ni?
Esok jam 3.00 hingga 6.00 petang saya akan payung tiket di pejabat saya di Seksyen 13, Shah Alam.
Limited. First come, first served!
29 people are talking about this
Kecaman yang diterima menyebabkan ADUN berusia 35 tahun tersebut mendedahkan bahawa tiket-tiket tersebut dibeli dan bukanlah pemberian secara percuma daripada Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).
Sehubungan dengan itu, Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon tampil bagi menjelaskan kepada penyokong Selangor tentang penjualan tiket kepada agensi kerajaan.
Jangan cakap hentam semberono ikut suka hati.
Tiket-tiket ini dibeli dan bukan diberi percuma oleh @FASelangorMy. twitter.com/hazerosme/stat …
90 people are talking about this
”Saya ingin menjelaskan bahawa FAS telah menjual tiket korporat kepada agensi-agensi kerajaan yang berminat sejak perlawanan Perak vs Selangor sehingga 18hb Ogos bagi memastikan Stadium Shah Alam dapat dipenuhkan pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam.”
”Usaha ini telah menghasilkan jualan tiket sebanyak lebih kurang 22,000 sebelum perlawanan separuh akhir pertama lagi di Larkin.”
Penjelasan yang dibuat dalam ‘Whatsapp group Selangor Fans Club Admin’ itu turut mendedahkan keperluan langkah tersebut diambil oleh FAS.
Menurut Dr. Johan langkah itu diambil bagi menjamin kehadiran penyokong yang turun menyokong Selangor pada perlawanan di Shah Alam walaupun keputusan di Larkin tidak berpihak skuad bimbingan B. Satiananthan itu.
Selain itu juga pihak FAS juga mahu memastikan para penyokong Selangor dapat memenuhi Stadium Shah Alam yang berkapasiti 85,000 serta dapat menaja pendapatan untuk pelaburan yang meliputi aspek kemudahan dan kemudahan pada musim hadapan.
Inisiatif ini juga dilihat berlandaskan kepada dapatan bahawa purata kehadiran penyokong di Stadium Shah Alam hanyalah 11,000 pada tahun ini.
Dr. Johan turut berharap penjelasan yang telah diberikan dapat memperbetulkan tanggapan bahawa FAS memberi tiket percuma kepada ahli politik atau mana-mana kumpulan yang tiada kaitan dengan FAS. Tanggapan ini disifatkannya sebagai tidak benar dan berbaur fitnah.
Ulasan
Catat Ulasan