B. Sathianathan Akui JDT Pasukan Yang Lebih Baik Berbanding Selangor


Tewas 3-0 kepada JDT di Shah Alam, Ketua Jurulatih Selangor, B. Sathianathan mengakui juarang kualiti pemain diantara kedua-dua pasukan adalah antara faktor kekalahan itu.
Bercakap kepada pemberita selepas tamat perlawanan semalam Sathianathan mengakui pasukan kendaliannya tidak bermain dengan baik dan JDT adalah pasukan yang lebih baik sepanjang perlawanan.
“Game itu dikawal oleh JDT. Kita [Selangor] ada banyak peluang juga pada separuh masa kedua, tetapi kita tidak mengambil peluang itu. Bola sepak memang begini. Kalau tidak ambil peluang, kita akan kalah,” ujar beliau.
“Perlawanan tadi kita tidak boleh berkata tidak bernasib baik. Saya kena mengaku jurang itu berbeza dari segi teamwork dan sebagainya.”
Sathianathan juga mengakui JDT selayaknya mara ke perlawanan akhir berdasarkan prestasi yang ditampilkan. Beliau juga seperti kurang berpuas hati dengan prestasi sebahagian anak buahnya.
“Tidak konsisten. Ada pemain yang perlu memperbaiki tahap kecergasan. Banyak faktor [mempengaruhi permainan]. Reaksi pemain kita agak lambat. Pemain-pemain JDT jika diberikan ruang dan masa, sudah tentu mereka senang-senang menembusi bahagian pertahanan,” jelas beliau lagi.

Mengenai pencapaian keseluruhan Selangor pada musim ini, Sathianathan berkata sebelum ini tidak ada sesiapa berani bertaruh Selangor akan menduduki tangga ke-3 atau pun mara sehingga separuh akhir Piala Malaysia. Tetapi ini masih lagi sebahagian daripada proses projek di Selangor.
Menurut Sathianathan lagi kesemua pemain Selangor akan diberikan cuti selama 3-4 minggu sebelum persediaan untuk menghadapi saingan musim hadapan bermula kembali.

Ulasan