PUSINGAN KEDUA SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA BAKAL HANGATKAN STADIUM LARKIN
Berikut beberapa perkara menarik mengenai perlawanan pusingan kedua dan penentuan bagi cabaran peringkat suku akhir Piala Malaysia 2019 pada Sabtu, 28 September ini di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin kelak.
BEKALAN TIPIS TIDAK MENJAMIN KEMARAAN
Kejayaan menundukkan Terengganu FC serta membawa pulang kelebihan satu gol ditempat lawan pada pusingan pertama peringkat suku akhir adalah satu indikator positif. Malah ia membuktikan keseluruhan barisan pemain JDT telah bersiap sedia untuk memandang lebih jauh cabaran dalam saingan piala tertua Asia pada musim ini.
Jika dilihat dari perspektif lebih teliti, rasionalnya bekalan satu gol itu belum mampu untuk menjamin langkah kemaraan JDT. Ianya juga tidak boleh menghidangkan jalan yang mudah bagi Harimau Selatan untuk terus mendaki ke peringkat seterusnya. Dari itu, keseluruhan pemain perlu mengerah keringat dan kudrat yang ada untuk mencari kemenangan mutlak.
SOKONGAN PADU DARI PENYOKONG
Sorakan Larkin. Ia adalah perkara pertama yang menjadi kerisauan bagi semua pasukan yang datang bertandang di Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos, Larkin. Malah kebanyakan pasukan menjadi paranoid dengan elemen ini.
Sejak dari dahulu lagi, Stadium Larkin sering memberi kenangan indah buat penyokong-penyokong yang hadir. Stadium ini jarang mengecewakan serta ianya menjadi gelanggang yang digeruni oleh pihak lawan yang datang bertandang disebabkan oleh Sorakan Larkin.
Dengan kesedaran tersebut, amat jelas selain kesungguhan pemain dalam mengadaptasikan startegi barisan jurulatih, sokongan padu dari penyokong adalah formula paling ampuh harus termanifestasi dan menjadi talian hayat Harimau Selatan untuk meneruskan perjuangan.
Campuran dua entiti ini akan mempertingkatkan momentum dan impak permainan serta mempengaruhi atmosfera gelanggang pertembungan. Maka diseru kepada setiap satu penyokong Harimau Selatan yang setia, hadirlah memberi sokongan dan jangan biarkan sebelas pejuang Harimau Selatan berjuang bersendirian. Kita penuhkan Larkin sebaik mungkin!
STADIUM LARKIN ZON BEBAS PERKARA NEGATIF
Balingan objek, menghina pemain, ras individu dan lain-lain terjadi kerana apabila timbul rasa kecewa yang tidak terbendung dikalangan segelintir penyokong. Namun ini adalah tindakan yang salah. Rasa kecewa penyokong tidak perlu diluahkan secara melampau. Indoktrinasi ini dilihat seperti infeksi barah, perlu segera disuntik dengan imunisasi supaya tidak merebak hingga memburukkan nama organisasi.
Namun perkara itu dijamin tidak akan sesekali berlaku di Stadium Larkin kerana stadium ini adalah zon bebas dari perkara negatif. Di sini tiada tempat untuk sesiapa melakukan tindakan negatif. Kesemua pasukan yang datang bertandang tidak perlu risau dengan keselamatan dan provokasi luar batasan penyokong.
Untuk makluman, provokasi adalah perkara biasa dalam bola sepak. Namun provokasi secara melampau perlu dibasmi secara serius dan tidak dibiarkan berpaksi dalam negara ini.
DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja seringkali menjamin bahawa mentaliti sokongan retrogresif seperti ini tidak akan berlaku di stadium kebanggaan Harimau Selatan ini.
Jadikan malam itu kepunyaan mutlak kita! Teruskan mengaum Harimau Selatan!
Sumber artikel: Media JST
Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Ulasan
Catat Ulasan