PREVIU - CHALLENGE CUP CC5
Aksi Challenge Cup bersambung hari ini dengan Pusingan CC5.
Johor Darul Ta'zim II (JDT II) akan turun menentang Kelantan di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang dengan misi mempertahankan rekod tanpa kalah mereka dalam Kumpulan A.
Pasukan Ervin Boban, yang berjaya mendapat mata maksima dalam dua perlawanan lalu, memerlukan hanya keputusan seri untuk memenangi kumpulan dan melangkah ke separuh akhir.
JDT II tidak beraksi sejak menewaskan Kelantan 1-0 pada 14 Ogos dan akan bergantung pada pemain tengah, Nicholas Fernandez yang telah menyumbang satu gol dan tiga bantuan gol setakat ini.
Bekas penyerang Kelantan, Mohamad Ghaddar juga telah menjaringkan dua gol dalam dua pertemuan terakhirnya dengan pasukan lamanya.
Bagi Kelantan yang menduduki tempat kedua dengan tiga mata, tiga mata penuh diperlukan untuk mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir.
"Kelantan perlu menang dalam perlawanan terakhir kumpulan malam ini.
"Dalam pusingan pertama di Kota Bharu, kami ditewaskan 0-1 oleh JDT II, namun kita berjaya memberi tentangan hebat.
"Misi ke separuh akhir bukanlah mustahil. Kesemua pemain bersemangat untuk memberi persembahan terbaik malam ini," kata pengendali Kelantan, Yusri Che Lah.

Ulasan
Catat Ulasan