FINALIS Piala Malaysia 2018, Terengganu FC I (TFC I) mengesahkan kemaraan ke suku akhir edisi kali ini selepas menewaskan kelab Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.
Dua gol yang dijaringkan oleh skuad Penyu hasil ledakan pemain import, Sanjar Shaakhmedov pada minit ke-4 dan Tchetche Kipre pada minit ke-9 sudah cukup untuk TFC I
mengiringi Kedah daripada Kumpulan A.
Keputusan itu menyaksikan pasukan kendalian Mohd. Nafuzi Mohd. Zain berjaya mengutip 12 mata di belakang Kedah yang turut melakar kemenangan pada aksi terakhir peringkat kumpulan.
Skuad Helang Merah dilihat tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Negeri Sembilan dengan keputusan 4-2 pada aksi di Stadium Darul Aman sekali gus muncul juara kumpulan dengan 13 mata selepas mengharungi enam perlawanan.
Sementara itu, juara Liga Super musim ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) menamatkan kempen peringkat Kumpulan B dengan rekod tanpa kalah selepas menumpaskan UiTM FC 2-1 di Stadium UiTM, Shah Alam.
Ulasan
Catat Ulasan