Mora: “Inilah Hasil DNA Pasukan Kami”

Imej

JDT berjaya menewaskan Terengganu 1-0 di tempat lawan, dalam suku akhir pertama Piala Malaysia.
Aksi yang berlangsung semalam, menyaksikan penyerang sensasi JDT, Diogo, menjadi wira JDT. Ini apabila beliau menjadi penjaring gol tunggal yang juga gol kemenangan pasukannya.
Jurulatih JDT, Benjamin Mora ternyata gembira dengan prestasi para pemainnya.
Beliau juga menggariskan, kejayaan JDT adalah kerana aplikasi taktikal yang merupakan DNA bola sepak mereka.
Mora menegaskan, pasukan JDT sentiasa cuba membina serangan berasaskan pemain di zon pertahanan ataupun dari belakang.
Mereka juga akan sentiasa cuba melakukan high pressing kepada lawan. Namun semua itu dilakukan selepas kesungguhan para pemain JDT berlatih, untuk memastikan taktikal itu berjalan lancar dan membuahkan hasil.
Bercakap kepada MFL selepas tamat perlawanan, Mora berkata: “Itulah ideanya, pasukan ini cuba untuk membina serangan daripada pertahanan. ”

“Kami sukakan permainan kombinasi, dan kami banyak berlatih, tekanan, dan tekanan tinggi [high pressing]. Ini merupakan salah satu daripada DNA kami. Jadi, [malam ini] ianya dilakukan dengan baik, dengan para pemain mendapat keyakinan, dan inilah hasilnya.”
"Tekanan tinggi merupakan sebahagian daripada DNA kami"

Berikut merupakan reaksi ketua jurulatih @OfficialJohor, Benjamin Mora selepas tamat perlawanan suku akhir pertama di antara .

See MFL LIVE's other Tweets
JDT berjaya membawa 1 bekalan gol yang sangat penting kerana ianya merupakan gol di tempat lawan.
Terengganu FC akan berkunjung pula ke Larkin pada 28 September depan untuk aksi suku akhir kedua.

Ulasan