Misi JDT II ke final tercapai





KEJAYAAN Johor Darul Ta'zim II (JDT II) mara ke final Piala Cabaran 2019 cukup menggembirakan pengendalinya, Ervin Boban.
Skuad JDT II memastikan kemenangan menerusi agregat 4-2 pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), semalam.
Bagi pengendali kelahiran Croatia itu, kejayaan itu menebus kekecewaan gagal menjuarai Liga Perdana apabila menamatkan saingan di tangga kedua.


“Saya sangat gembira dan pemain wajar mendapat pujian kerana mereka beri sepenuh komitmen dalam perlawanan malah kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) yang kerap memberi sokongan kepada kami.
"Apapun kami akan menunggu siapa lawan di final sama ada UKM FC atau Sarawak dan tidak dinafikan kedua-dua pasukan itu memiliki kekuatan tersendiri, kami perlu bekerja keras melakukan persediaan.” katanya.
Mengenai persembahan menentang TFC II, Boban berkata dia kurang berpuas hati dengan corak permainan ditampilkan pemainnya pada babak pertama sebelum bangkit mempamerkan aksi sebenar di babak kedua.
“Barisan pertahanan menjalankan tugas dengan baik sehingga berjaya mengekang asakan lawan.” katanya.
Nicolas Fernandez dan Rozaimi Abd Rahman muncul wira skuad Selatan tanah air itu menerusi jaringan masing-masing.

Ulasan