Pengendali pasukan Perak enggan menuding jari kepada mana-mana pihak selepas kekalahan pasukannya di tangan Selangor.
Mehmet tidak berminat untuk membicangkan isu gol ofsaid oleh Khyril Muhymeen. Malah pengendali Perak itu menganggap pasukan Selangor berhak menang atas merit persembahan mereka.
Mehmet berkata: “Rumusannya, perkara paling penting, kami harus menjaringkan gol daripada beberapa peluang yang kami ada. Apabila kamu tidak menggunakan peluang sebaiknya, maka kamu akan dihukum.”
“Kredit sepenuhnya kepada pasukan Selangor. Mereka mengejar kami, dalam keadaan mereka memerlukan kemenangan. Kami pula melakukan beberapa kesilapan pada hari ini.”
“Penjaga gol mereka beraksi cemerlang, aksi pemain terbaik, melakukan beberapa aksi menyelamat luar biasa.”
"Tahniah kepada pasukan Selangor!"
Berikut merupakan reaksi ketua jurulatih @peraktbgmy, Mehmed Durakovic selepas tamat perlawanan suku akhir kedua di antara #SELPRK.#PialaMalaysia2019#MFLLive
See MFL LIVE's other Tweets
Mehmet kemudiannya menyatakan beliau berpuas hati dengan komitmen 100% para pemain, seperti biasa.
“Saya tidak akan menyalahkan sesiapa. Kami menang sama-sama dan kalah sama-sama,” tambah beliau lagi.
Ditanya tentang komen beliau tentang mutu pengadilan, Mehmet menjawab:
“Anda mahu bercakap tentang pengadilan? Anda menyaksikan perlawanan itu tadi, apa lagi anda mahu saya katakan. Akhirnya, segalanya sudah terlambat untuk kami. Apa boleh saya katakan. Tahniah kepada Selangor.”
Mehmet sekali lagi menegaskan beliau enggan menyalahkan sesiapa termasuk pengadil, di atas kekalahan mereka.
“Saya berbangga dengan kesemua pemain saya pada hari ini. Mereka berlatih bersungguh-sungguh sepanjang masa dan mereka sangat profesional.”
Berkenaan kesilapan individu dalam perlawanan, pengendali Perak itu mengakui akan perkara itu. Namun beliau tetap merasakan pasukannya harus lebih baik dalam penyempurnaan peluang pada babak awal perlawanan.
“Selangor hari ini bermain sangat baik. Kadangkala, dalam bola sepak anda memerlukan nasib. Mereka agak bernasib baik dan kami tidak. Dan penjaga gol mereka melakukan ‘save’ yang sangat penting.”
“Selamat maju jaya kepada penjaga gol mereka selepas aksi cemerlang.”
Pada separuh masa kedua, Perak melakukan beberapa perubahan untuk memecahkan pertahanan Selangor. Tetapi mereka berdepan kesukaran dengan aksi dipamerkan Selangor.
Ulasan
Catat Ulasan