‘Kami Tak Bungkus Kerana Karakter Pemain Dan Sokongan Padu’


Pengendali pasukan Selangor, B. Sathianathan memuji karakter yang ditunjukkan para pemainnya ketika berhadapan dengan pasukan sekuat Perak.
Selangor menang 3-1 di Shah Alam dan mara secara agregate 3-2.
PRRREEEEIIITTTTPPREEEIITTRPPRREEIITTRRR

WISEL PENAMAT DI BUNYIKAN OLEH PENGADIL PERLAWANAN. SELANGOR LAYAK KE SEPARUH AKHIR PIALA MALAYSIA 2019 SELEPAS BERJAYA MENEWASKAN PASUKAN PERAK FA DENGAN AGGREGATE 3-2

TAHNIAH GERGASI MERAH


View image on Twitter

Beliau juga sempat menyindir media yang meramalkan Selangor akan bungkus.
Dalam sidang media selepas perlawanan, Sathianathan menyatakan:
“Kami tak bungkus, tidak seperti yang dikatakan oleh ‘paper’. Namun saya akan pakai ‘paper’ itu untuk bungkus nasi lemak.”
“Kita harus tahu apa yang kamu tulis. 1-0 tiada ada apa [nothing] dalam bola sepak.”
“Para pemain menunjukkan karakter yang baik dan besar. Kami berhadapan dengan pasukan yang kuat, namun kami sudah bersedia dengan sebaiknya.”

“Seperti yang saya katakan di Ipoh sebelum ini, biarkan para penyokong datang dan para pemain kami bersedia menunjukkan bahawa mereka mahu beraksi dengan penuh tenaga.”
“Itulah kemenangan kita.”
“3 gol, 2 daripadanya menerusi Khyril Muhymeen. Pemain yang sebelum ini tiada siapa pun nak bagi dia peluang bermain.”
Man of The Match Selangor 🌟

Tahniah Khyril Muhymeen kerana terpilih sebagai Selangor untuk perlawanan suku akhir 2 Piala Malaysia menentang Perak sebentar tadi.

Baca artikel penuh di: https://redgiants.faselangor.my/reviu-perlawanan-selangor-ke-separuh-akhir/ 


View image on Twitter

“Selepas kami mendapat gol ketiga para pemain kami agak panik.”
“Mereka [Perak] memberikan ancaman kepada kami menerusi bola mati. Namun para pemain mengendalikan situasi itu dengan sangat baik.”
“Khairul Azhan [juga cemerlang], seperti saya katakan sebelum ini, beliau berhak mendapat panggilan skuad kebangsaan.”
“Namun keseluruhan pasukan memberikan yang terbaik. Jadi kami tidak bungkus.”
Sathianathan kemudiannya menganggap pasukannya turut lebih baik dari segi aspek bertahan terutamanya bentesan. Itu membuatkan pasukan lawan sukar untuk menyerang.
Ditanya tentang persiapan menentang JDT. Sathianathan menyatakan beliau buat masa ini mahu menenangkan fikirannya sebentar.
“Biarkan saya nikmati rehat saya dulu.”
“Para pemain dan rakan saya datang memberitahu saya, bahawa di media sosial, saya digambarkan seorang yang teruk. Namun media sosial tidak buktikan apa-apa.”
“Saya hargai penyokong yang hadir pada hari ini. Saya minta mereka untuk datang. Lihatlah, apabila penyokong datang ke stadium, kamu boleh lihat aksi para pemain. Dan barulah kamu tahu apa yang kamu nak tulis.”
“Kalau kamu nak kritik, sila kritik saya dan bukannya para pemain.
B. Sathianathan menyatakan bahawa Selangor sudah membuktikan bahawa mereka kini berada di landasan yang tepat dengan banyak menunjuk perubahan positif.
“Pasukan ini, tiada yang meletakkan harapan untuk berada di 3 teratas dalam liga. Liga Super adalah yang paling sukar. ”
“Piala FA adalah nasib, sangat bergantung kepada nasib.”
“Piala Malaysia pula daripada sistem liga dan kamu akan ke peringkat kalah mati. Ianya bukan mudah.”
“Saya dapati Selangor bertambah baik berbanding dengan dua atau tiga tahun yang lalu.”
“Ini bukan kerana saya seorang. Tetapi kerana para pemain. Mereka bekerja keras.”
Sathianathan juga sangat berterima kasih dengan Presiden FAS, Raja Muda Selangor kerana banyak memberikan kepercayaan dan sokongan. Itu yang membuatkan beliau sentiasa yakin dengan projek yang dikendalikannya.
Selain itu, Sathianathan memuji pengurusan pasukan Selangor, yang meletakkan kepercayaan dan tidak pernah masuk campur dalam kerja beliau. Sathianathan mengakui bertuah kerana bekerjasama dengan mereka yang berkaliber.

Ulasan