Langkau ke kandungan utama

Juventus sumber inspirasi ibu pejabat JDT

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bergambar bersama
TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bergambar bersama pemain dan pengurusan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'azim (JDT) di hadapan ibu pejabat selepas merasmikannya semalam. - Gambar Facebook Johor Southern Tigers
KUALA LUMPUR 5 Sept. - Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadikan ibu pejabat Juventus di Continassa strict of Turin sebagai inspirasi dalam reka bentuk pusat pentadbiran yang baharu dirasmikan semalam.
Antara ciri-ciri esklusif yang diterapkan dalam rekaan tersebut seperti beberapa kemudahan pengurusan yang dibina hampir sama.
JDT dalam kenyataan menerusi akaun Facebook miliknya hari ini memberitahu, kesemua bahagian dalam kelabnya akan diletakkan di bawah satu bumbung temasuk pejabat pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
"Ibu Pejabat JDT yang terletak di Iskandar Puteri itu tersergam megah dengan rekaan yang cukup eksklusif. Ibu pejabat baharu ini juga akan menjadi pusat pengurusan kelab serta kakitangan pentadbiran.
"Seperti Juventus, pusat pentadbiran JDT juga mempunyai beberapa fasiliti pengurusan yang hampir sama. Imbas kembali, sejak pertama kali contoh lakaran ilustrasi Ibu pejabat JDT ini dipaparkan kepada umum sekitar 10 Jun 2016," katanya.
Sementara itu, menurut Tunku Ismail, pembinaan ibu pejabat JDT merupakan antara usaha baginda dalam usaha meningkatkan imej kelab setaraf peringkat antarabangsa.
"Hidup ini ibarat menunggang basikal. Untuk mengekalkan keseimbangan, kita mestilah sentiasa bergerak maju ke hadapan," titahnya.
Dalam pada itu, menurut JDT lagi, dengan wujudnya fasiliti baharu, pastinya akan meningkatkan lagi prestij pengurusan dalam sektor pentadbiran dan pengurusan kelab kebanggaan Harimau Selatan. - UTUSAN ONLINE

Ulasan