Jaringan Syafiq Ahmad Bantu JDT Mara Ke Suku Akhir Piala Malaysia 2019

70297821_1443302362499725_9172552892886810624_n

Jaringan Syafiq Ahmad Bantu JDT Mara Ke Suku Akhir Piala Malaysia 2019


Prestasi cemerlang penyerang negara, Syafiq Ahmad diteruskan dalam saingan Piala Malaysia apabila beliau membantu Juara Liga Super 6 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan tempat di suku akhir selepas menewaskan Petaling Jaya City (PJ City), 3-2 dalam perlawanan kelima di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya malam tadi.
Bagaimanapun, kemenangan itu tidak hadir dengan mudah apabila PJ City terlebih dahulu membuka akaun jaringan seawal minit ke 10 menerusi rembatan Bae Beom-geun yang mudah menewaskan penjaga gol skuad Harimau Malaya, Farizal Marlias.

10' | GOL BAE!

Pasukan tuan rumah, PJ City FC mengejutkan @OfficialJohor selepas Bae Beom-geun menewaskan penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias.

See MFL LIVE's other Tweets

Tersentak dengan jaringan itu, JDT terus mengandakan asakan dan memperkemaskan corak permainan kerana mereka sedar skuad kendalian K. Devan itu bukanlah lawan yang mudah untuk ditewaskan.
Pada minit ke 24, stadium kembali bergegar dengan sorakan penyokong pelawat apabila Safawi Rasid menyempurnakan sepakan percuma yang cantik untuk memastikan kedudukan berubah kepada 1-1.

24' | GOL SAFAWI!@OfficialJohor berjaya menyamakan kedudukan melalui sepakan percuma dan gol ke-5 peribadi Safawi Rasid dalam Piala Malaysia 2019.

278 people are talking about this

Jaringan tersebut membangkitkan semangat pemain skuad Harimau Selatan untuk terus memburu jaringan kedua.
Usaha mereka membuahkan hasil, apabila penyerang skuad Harimau Malaya, Syafiq Ahmad melepaskan rembatan kencang dalam kotak penalti setelah menerima hantaran daripada Leandor Velzquez pada minit ke-36. Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

36' | GOL SYAFIQ!@OfficialJohor kini berada di hadapan PJ City FC selepas penyerang Harimau Malaya, Syafiq Ahmad menjaringkan gol ke-4 beliau musim ini.

118 people are talking about this

Separuh masa kedua menyaksikan JDT terus mengatur serangan ke kubu lawan malah hampir menjarakkan kedudukan menerusi Afiq Fazail pada minit ke-50 namun lambungan bolanya tersasar sekali gus memberi kelegaan kepada PJ City.
Melihat JDT terlalu leka mengatur serangan menyebabkan bahagian pertahanan sedikit longgar sekali gus memberi peluang PJ City menyamakan kedudukan menerusi tandukan Washington Dos Santos hasil hantaran Beom Geun pada minit ke-58.
Namun, kegembiraan PJ City tidak bertahan lama apabila Syafiq sekali lagi menjadi duri dalam daging dengan menanduk gol ketiga pelawat selang dua minit kemudian untuk kedudukan 3-2.


Kedudukan kekal hingga wisel penamat ditiupkan sekali gus menyaksikan JDT kekal sebagai pendahulu kumpulan dengan 13 mata manakala PJ City pula ditempat kedua dengan 9 mata.
Prestasi Syafiq Ahmad kini semakin meningkat selepas menjaringkan dua gol ketika bersama skuad kebangsaan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/2023 baru-baru ini.

Ulasan