INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | THE EARLIEST MODERN DEVELOPMENT MODEL OF MALAY MONARCHY - PART THREE

FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | PEMODENAN PEMBANGUNAN TERAWAL DALAM NEGERI MELAYU BERAJA - BAHAGIAN TIGA
Pembangunan yang drastik sejak pertengahan kurun ke-19 berjaya mencuri minat pelabur asing masuk ke negeri Johor. Ia sekaligus meningkatkan hasil kerajaan serta indikasi kepada kembalinya kegemilangan negeri Johor. Ini kerana pembangunan yang tidak henti dari pelbagai sudut dan aspek ketika era Sultan Sir Abu bakar demi kesejahteraan rakyat dan negeri Johor menuntut perbelanjaan yang begitu besar.
Tindakan Sultan Sir Ibrahim meneliti urus tadbir kerajaan dan meneruskan usaha-usaha ayahandanya berjaya melonjakkan kembali perbendaharaan negeri Johor. Pada tahun 1929, baginda menitahkan agar sebuah bangunan bernilai 2 juta dibina di Bukit Timbalan untuk menempatkan pejabat jabatan-jabatan Kerajaan Johor secara berpusat.
Dirasmikan oleh Sultan Sir Ismail ketika itu sebagai Pemangku Raja Johor pada tahun 1942, bangunan tersebut merupakan bangunan tertinggi di Tanah Melayu ketika itu. Pembangunan seumpama itu sukar dilakukan sekiranya pemerintahan dan pentadbiran negeri dibawah kawalan pihak asing, namun kepimpinan Kesultanan Johor dan kecekapan kerajaan negeri telah menempa sejarah di luar kemampuan sebuah negeri Melayu.
Usaha membangunkan Johor dalam konteks kemodenan keseluruhannya berjaya memperlihatkan keupayaan luar biasa sebuah pemerintahan negeri Melayu Beraja. Ia juga dapat menyekat pengaruh kuasa asing seperti British dari menggugat kemerdekaan Johor untuk terus maju membangun. Allah Peliharakan Sultan.
———
INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | THE EARLIEST MODERN DEVELOPMENT MODEL OF MALAY MONARCHY - PART THREE
The drastic developments in the mid 19th century attracted the interest of foreign investors to Johor. It helped improve the state's output and was an indication of the return of Johor's glory. It was due to the rapid development from all angles and aspects during Sultan Sir Abu Bakar's era for the prosperity of Johor and the rakyat that led to heavy spending.
Sultan Sir Ibrahim's actions of being hands-on with the state governance and continuing ongoing efforts helped improve Johor's treasury. In 1929, a building costing RM2 million was decreed to be built at Bukit Timbalan to house and centralise all Johor state deparments.
Officiated by Sultan Sir Ismail as Regent of Johor in 1942, the building was the tallest building in Malaya at that time. Its construction would have been difficult if the state's governance and administration were under foreign influence, but the Johor Sultanate's leadership and the state government's excellence led to historical achievements not expected from a Malay state.
The efforts to develop Johor in a modern context in general showcased the outstanding ability of the Malay monarchy. It also prevented foreign interference such as the British from threatening Johor's sovereignty and progress. Allah Peliharakan Sultan.

Ulasan