INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | THE EARLIEST MODERN DEVELOPMENT MODEL OF MALAY MONARCHY - PART TWO
FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | PEMODENAN PEMBANGUNAN TERAWAL DALAM NEGERI MELAYU BERAJA - BAHAGIAN DUA
Sejak dahulu lagi Institusi Kesultanan Johor sentiasa meletakkan tanda aras tertinggi dan tidak mudah selesa dengan apa yang ada. Persepsi positif pelaburan asing terhadap negeri Johor dari dekad ke dekad adalah tanda kegemilangan Johor yang tidak pernah padam sejak ianya dicetuskan oleh Sultan Sir Abu Bakar.
Sejak kurun ke-19 dunia mengenali Johor disebabkan ketokohan Institusi Kesultanannya menerokai hubungan erat dengan negara-negara maju dari Barat. Lebih unik lagi, melalui sukan bola sepak pewaris takhta Kerajaan Johor DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Raja turut berjaya membawa nama Johor di pentas dunia.
Bermula dengan satu impian ingin merubah landskap bola sepak negeri menyaksikan bermulanya transformasi pada tahun 2012. Hubungan dan kerjasama dengan nama-nama besar serta individu yang cemerlang dalam arena bola sepak dunia menjadikan pengurusan dan pasukan Harimau Selatan melonjak ke satu paradigma baru. Ia membuktikan bola sepak juga memberi pulangan baik secara tidak langsung kepada negeri dan industri lain di Johor.
Transformasi yang dilakukan baginda adalah bersifat inklusif iaitu menggemilangkan pasukan bola sepak Johor dan nama negeri Itu sendiri. Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini telah mengorak selangkah kehadapan apabila Ibu Pejabat JDT yang dirasmikan sendiri oleh baginda sudah mula beroperasi.
Jikalau Sultan Sir Abu Bakar digelar Bapa Pemodenan Johor kerana berjaya menukar landskap negeri Johor dari seluas hutan ke sebuah negeri termasyhur, kini giliran DYAM Tunku Mahkota Ismail mewarisi ketokohan kepimpinan itu dalam pembangunan bola sepak negeri Johor serta pembangunan lain di masa akan datang. Allah Peliharakan Sultan.
———
INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | THE EARLIEST MODERN DEVELOPMENT MODEL OF MALAY MONARCHY - PART TWO
From the beginning, the Johor Sultanate has always set the highest benchmarks and never been easily contented. Positive perceptions of foreign investments in Johor from decade to decade have been among Johor's glorious achievements since being sparked by Sultan Sir Abu Bakar.
Since the 19th century, the world has known Johor due to the Sultanate’s keenness to build strong ties with developed Western nations. Uniquely, through football, Johor heir HRH Tunku Mahkota Ismail, Regent of Johor, has managed to guide Johor to the world stage.
Starting with an ambition of changing the state's football landscape, the transformation began in 2012. Relationships and partnerships with big names and excellent individuals in the world of football have shifted the Southern Tigers team and management into a new paradigm. It has proven that football can also yield good returns indirectly for the state and other industries in Johor.
The transformation done by His Royal Highness is inclusive, making both the Johor football team and the state well known. Johor Darul Ta'zim FC (JDT) have moved another step forward after His Royal Highness officially opened the JDT Headquarters.
If Sultan Sir Abu Bakar was known as the Father of Modern Johor for changing the Johor landscape from forests to a glorious state, now it is HRH Tunku Mahkota Ismail's turn to inherit the leadership role in Johor football development as well as other development aspects in the future. Allah Peliharakan Sultan.
Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Ulasan
Catat Ulasan