INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | MODERN JOHOR SULTANATE THE STATE'S SYMBOL OF STABILITY - PART ONE

FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | KESULTANAN JOHOR MODEN SIMBOL KESTABILAN NEGERI - BAHAGIAN SATU
Dokumentasi fakta sejarah tidak dapat menafikan kebijaksanaan Sultan Sir Abu Bakar dalam mengetuai pemerintahan kerajaan Johor Moden. Ia membawa kepada kegemilangan sebuah kerajaan Melayu yang memecah kebiasaan dilaksanakan oleh kuasa pemerintahan kerajaan Melayu yang lain.
Tindakan Kesultanan Johor membahagi-bahagi sedikit kuasa di dalam aspek tertentu telah mewujudkan kestabilan pemerintahan dan pentadbiran di negeri Johor. Idealnya, kuasa tersebut tidak menjadikan seseorang itu lebih berkuasa daripada pemerintah kerajaan.
Namun, ianya sebagai penyelarasan agar sistem keseluruhan pentadbiran negeri menjadi tersusun dan berjalan dengan baik. Berbeza dengan negeri lain yang berhadapan dengan campur tangan kuasa besar seperti British dan perselisihan dalaman mengundang ketiadakstabilan politik di kawasan itu.
Kebijaksanaan Sultan Sir Abu Bakar mewujudkan sistem Kangchu mengekang dari berlakunya ketidakstabilan dikalangan rakyat. Kuasa bersyarat yang diberikan kepada Ketua Surat Sungai, melicinkan pungutan hasil cukai yang membawa kepada perkembangan ekonomi negeri Johor.
Penguasa-penguasa di daerah-daerah dan kampung-kampung dalam negeri Johor dilantik oleh Sultan Johor diwajibkan melapor terus kepada baginda. Seluruh susun atur dan pengaruh yang dicetuskan oleh baginda menjadikan pemerintahan dan pentadbiran di negeri Johor dicemburui oleh negeri-negeri lain.
Ketokohan baginda secara tidak langsung diakui apabila beberapa kali dipohon untuk menjadi individu penting dalam penyelesaian konflik berkaitan negeri lain. Allah Peliharakan Sultan.
———
INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | MODERN JOHOR SULTANATE THE STATE'S SYMBOL OF STABILITY - PART ONE
Historical documents cannot deny the wisdom of Sultan Sir Abu Bakar in leading the Modern Johor government. It led to the rise of a Malay government that broke the mould of other Malay governments.
The Johor Sultanate's action in dividing the power into several aspects created stability in Johor's governance and administration. Ideally, the power cannot make anyone more powerful than the state's ruler.
However, it served as a way of standardisation to ensure the state's administration became more organised and worked smoothly. It was different from other states facing foreign intervention such as the British and internal conflicts that caused political instability.
Sultan Sir Abu Bakar's wisdom in setting up the Kangchu system prevented instability among the rakyat. Conditional power given to Surat Sungai leaders facilitated the progress of tax collection that led to Johor's economic progress.
Leaders in every district and village in Johor appointed by the Sultan of Johor were required to report directly to His Majesty. Every arrangement and influence spearheaded by His Majesty made Johor's governance and administration being envied by other states.
His Majesty's abilities were indirectly acknowledged when His Majesty was requested to be a key individual in resolving conflicts in other states. Allah Peliharakan Sultan.

Imej

Ulasan