Langkau ke kandungan utama

Hatrik Giancarlo ‘hidupkan’ peluang PKNP

PEMAIN PKNP meraikan jaringan ketika menewaskan UiTM FC 4-0 dalam
PEMAIN PKNP meraikan jaringan ketika menewaskan UiTM FC 4-0 dalam saingan Piala Malaysia. - Facebook PKNP
KUALA LUMPUR 13 Sept. -PKNP FC menghidupkan semula peluang untuk mara ke suku akhir Piala Malaysia selepas melakar kemenangan besar 4-0 ke atas UiTM FC di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, sebentar tadi.
Penyerang PKNP dari Brazil, Giancarlo muncul wira pasukan apabila meledakkan hatrik menerusi gol pada minit ke-10, 85 dan 87.
Satu lagi gol disumbangkan Hafiz Ramdan pada minit ke-64 menerusi rembatan dari luar kotak penalti.
Kemenangan itu menyaksikan perebutan satu lagi slot ke peringkat kalah mati dalam Kumpulan B antara PKNP FC dan Petaling Jaya FC selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan tempat sebagai juara kumpulan. - UTUSAN ONLINE

Ulasan