TMJ KINI MILIK PENUH JOHOR DARUL TA’ZIM
Pertama sekali saya ingin ucapkan tahniah kepada Datuk Hamidin Mohd Amin kerana berjaya menjawat jawatan Presiden Malaysian Football League (MFL) menggantikan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Raja.
TMJ telah meletakkan asas yang kukuh dalam MFL dan kini Datuk Hamidin hanya perlu menyambung sahaja legasi TMJ dengan kerjasama Ahli Lembaga Pengarah MFL dan juga semua pemegang taruh.
Buat penyokong JDT, tahniah kerana bapa bola sepak kita telah menjadi milik penuh kita. Kini TMJ mampu untuk fokus kepada JDT sahaja dan saya yakin hasilnya pasti gempak.
JDT akan diperhatikan sepenuhnya oleh TMJ. Dengan ibu pejabat dan stadium yang baharu, JDT dilihat terlalu unggul untuk dicabar baik di dalam padang mahupun luar padang.
TMJ yang terkenal dengan sifat teliti sudah pasti akan mengawalselia segala hal yang berkaitan dengan kelab. Semua benda harus dilakukan secara profesional dan mengikuti piawaian antarabangsa.
Bagi ‘haters’ pula, ini adalah berita buruk buat mereka kerana istilah ‘favoritism’ dalam MFL tidak akan muncul lagi dan mereka pasti hilang idea untuk mengutuk JDT. JDT dijangka akan kekal menjuarai Liga Super 2020 dan 2021.
Untuk penyokong JDT, inilah masanya untuk kita balas jasa TMJ. Ayuh penuhkan stadium. Mulakan dengan perlawanan suku akhir kedua menentang Terengganu minggu depan. Jangan tunggu hingga stadium baharu dibuka.
Stadium Larkin bakal melabuhkan tirainya sebagai rumah JDT. Mari raikan kembalinya TMJ dengan sambutan gilang gemilang. Beri sokongan tidak berbelah bahagi kerana pemain perlukan anda.
Untuk TMJ, selamat kembali sepenuhnya ke JDT dan tahniah Tunku kerana berjaya kembalikan bola sepak kepada rakyat. Menjunjung kasih Tunku.
Ulasan
Catat Ulasan